Friday, 22 July 2016

OpReg July 2016 featuring Assalamualaikum Cinta



This is a second post for today.

Dua hari yang lepas sis agak busy dengan GMI Netball Sparkles booth preparation and decoration for Open Reg July 2016. Hari Rabu sis diberi amanat untuk take over semua preparation and decoration booth netball Sparkles ni. Tugas untuk make-over kan booth netball ni kasi cantik cantik, lawa-lawa ni semua sis yang bertanggungjawab. Kalau booth tak lawa, kepala aku la yang kena. Huhhh

Thanks to beberapa Sparkles sisters yang tolong sis, sama-sama menggebleng tenaga dan beganding bahu membantu sis Hana ni menyiapkan decorations booth club Miss Maznah ni. The best thing was kerja mendekorasi ni telah siap sebelum pukul 3pm. Dari awal preparation dari sem lepas. Kalau sem lepas mendeko sampai ke petang nya. But this sem we olls dapat siapkan nya awal sikit.

Yeayyy well done girls!

Pada malam nya pula, GMI telah mengadakan Opreg Night. Opreg Night ni untuk club club ni semua buat perforamance untuk tarik minat para pelajar untuk join club dorang. Kira Opreg Night ni time untuk masing-masing buat market laaa, tarik prospek untuk join club.

Asalnya aku malas nak pergi. Bukan malas tapi 50-50 nak pergi or taknak. Sebab this sem our club Netball Sparkles takde buat performance. So, rasa macam kalau tak datang pun takpe. Tapi bila teringatkan yang kelab Silat Cekak memang confirm setiap sem buat performance on stage, then suddenly aku excited nak pergi jugak Opreg Night. Hahaha. Excited laa sebab bopreng kitew ada. Dorang ada demonstration Silat cekak Pusaka Hanafi kat stage GMI Hall tu. Mana boleh aku lepas kan peluang ni. Plus booth netball and booth Silat Cekak sangat dekat. Kiteorang berjiran depan-depan. Memang aku grabbed la peluang ni untuk tengok my Ichibukai. Hahaha

Sampai je kat dewan aku terus lepak dekat booth Bowling sementara Bowling pun tak set up apa lagi. Aku, kak Yus, and other Sparklesrians duduk menepek kat situ. Aku ws miss Maz cakap pasal kedudukan booth netball ni, sebab position dia lain macam sikit. Then suddenly ada orang bagi salam dari belakang.

"Assalamualaikum"

Aku toleh belakang, then pap! My eyes met Ichibukai's and his perfect smile. Stand tall and gave me the Silat Cekak flyers. Ya Allah...time tu bukan main terkejut beruk aku bila tengok dia sendiri yang datang and hulur flyers tu kat aku. Rasa macam masa terhenti sekejap sebab tak expect pun dia mari dari belakang. Hati aku? Hmm. takyah cakap. Dup dap dup dap dibuatnya. Mau kena sawan terkejut kat situ jugak kang hahaha. What a big surpriseeeee!!!

Nak cover cun punya fasal, aku amik jela flyers yang dia hulur tu then terus letak atas meja depan aku. Pastu aku cakap kat dia "Oh okay. Kat hostel berlambak orang tampal" and continue nego dengan miss Maz kat ws. And Wawa pulak "Aku taknak amik" sambil silang tangan. Hahaha. Nak cover malu and terkejut punya pasal aku acah-acah busy picit picit screen handphone balas ws miss Maz. Which means aku hampir ter-ignore dia la. Dah la aku tak jawab Assalamualaikum Cinta dia tadi hmm.. Next time takmau macam ni lagi ye Hana.

Tapi serious, I was a bit surprise with his spontaneous greetings.

Bila squads Silat Cekak Pusaka Hanafi dah ready nak demo kat stage, tetiba geng2 satu kelas dengan dia (Shadow, Imran, Fitri dan seangkatan dengannya) datang menepek kat booth netball (dekat dengan tepi stage) jadi supporter Ichibukai. Dorang punya pekik perhhh... Macam pergi tengok bola live Portugal vs France kau tahu.

"Amir!" 
"Cmon Amir!" 
"Bangun Amir!"
"Tumbuk dia, Amir!"
"Belasah dia, Amir!"
"Apa ni Amir??!!!"

Dorang pung pang pung pang kat booth netball. Aku pulak yang rasa malu duduk kat booth netball tu. Masa dia demo, fuhhh kemahin feeling aku tengok. Meremang bulu roma bhaiii bila dorang buka step bersilat tu. Time ni la aku focus betul betul kat Amir. Observed every inch of his movement and steps. The most thing that captivated me was his strong biceps. Pfftttt so tough and sexy laaa. Sis tak kuaddd!!! >_<  I was salivating. No doubt! Dalam hati duk membebel "Apesal la handsome sangat dia ni bila kat atas stage?" "Apesal la biceps dia lawa gila?" "Apesal la aku ni fragile sangat?" Bla bla bla persoalan demi persoalan datang bertubi-tubi di ladang pemikiran ku.

Sepanjang malam tu, aku menikmati nya dengan penuh perasaan bahagia and gembira sangat. Yelaa booth kami pun dekat dekat je pun. So memang aku spy on jelaa kat dia. Dia sembang dengan sapa, borak dengan sapa, pergi booth mana. At the same time aku telah jadi Penyiasat Terbilang Koguro Mauri malam tu. Hahaha..


0 Komentar:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi menerjah ke ruangan saya kali ini.
Anda diwajibkan untuk komen. Amaran keras!
*ceh tipu je HAHA =P*