Friday, 22 July 2016

OpReg July 2016 featuring Assalamualaikum Cinta



This is a second post for today.

Dua hari yang lepas sis agak busy dengan GMI Netball Sparkles booth preparation and decoration for Open Reg July 2016. Hari Rabu sis diberi amanat untuk take over semua preparation and decoration booth netball Sparkles ni. Tugas untuk make-over kan booth netball ni kasi cantik cantik, lawa-lawa ni semua sis yang bertanggungjawab. Kalau booth tak lawa, kepala aku la yang kena. Huhhh

Thanks to beberapa Sparkles sisters yang tolong sis, sama-sama menggebleng tenaga dan beganding bahu membantu sis Hana ni menyiapkan decorations booth club Miss Maznah ni. The best thing was kerja mendekorasi ni telah siap sebelum pukul 3pm. Dari awal preparation dari sem lepas. Kalau sem lepas mendeko sampai ke petang nya. But this sem we olls dapat siapkan nya awal sikit.

Yeayyy well done girls!

Pada malam nya pula, GMI telah mengadakan Opreg Night. Opreg Night ni untuk club club ni semua buat perforamance untuk tarik minat para pelajar untuk join club dorang. Kira Opreg Night ni time untuk masing-masing buat market laaa, tarik prospek untuk join club.

Asalnya aku malas nak pergi. Bukan malas tapi 50-50 nak pergi or taknak. Sebab this sem our club Netball Sparkles takde buat performance. So, rasa macam kalau tak datang pun takpe. Tapi bila teringatkan yang kelab Silat Cekak memang confirm setiap sem buat performance on stage, then suddenly aku excited nak pergi jugak Opreg Night. Hahaha. Excited laa sebab bopreng kitew ada. Dorang ada demonstration Silat cekak Pusaka Hanafi kat stage GMI Hall tu. Mana boleh aku lepas kan peluang ni. Plus booth netball and booth Silat Cekak sangat dekat. Kiteorang berjiran depan-depan. Memang aku grabbed la peluang ni untuk tengok my Ichibukai. Hahaha

Sampai je kat dewan aku terus lepak dekat booth Bowling sementara Bowling pun tak set up apa lagi. Aku, kak Yus, and other Sparklesrians duduk menepek kat situ. Aku ws miss Maz cakap pasal kedudukan booth netball ni, sebab position dia lain macam sikit. Then suddenly ada orang bagi salam dari belakang.

"Assalamualaikum"

Aku toleh belakang, then pap! My eyes met Ichibukai's and his perfect smile. Stand tall and gave me the Silat Cekak flyers. Ya Allah...time tu bukan main terkejut beruk aku bila tengok dia sendiri yang datang and hulur flyers tu kat aku. Rasa macam masa terhenti sekejap sebab tak expect pun dia mari dari belakang. Hati aku? Hmm. takyah cakap. Dup dap dup dap dibuatnya. Mau kena sawan terkejut kat situ jugak kang hahaha. What a big surpriseeeee!!!

Nak cover cun punya fasal, aku amik jela flyers yang dia hulur tu then terus letak atas meja depan aku. Pastu aku cakap kat dia "Oh okay. Kat hostel berlambak orang tampal" and continue nego dengan miss Maz kat ws. And Wawa pulak "Aku taknak amik" sambil silang tangan. Hahaha. Nak cover malu and terkejut punya pasal aku acah-acah busy picit picit screen handphone balas ws miss Maz. Which means aku hampir ter-ignore dia la. Dah la aku tak jawab Assalamualaikum Cinta dia tadi hmm.. Next time takmau macam ni lagi ye Hana.

Tapi serious, I was a bit surprise with his spontaneous greetings.

Bila squads Silat Cekak Pusaka Hanafi dah ready nak demo kat stage, tetiba geng2 satu kelas dengan dia (Shadow, Imran, Fitri dan seangkatan dengannya) datang menepek kat booth netball (dekat dengan tepi stage) jadi supporter Ichibukai. Dorang punya pekik perhhh... Macam pergi tengok bola live Portugal vs France kau tahu.

"Amir!" 
"Cmon Amir!" 
"Bangun Amir!"
"Tumbuk dia, Amir!"
"Belasah dia, Amir!"
"Apa ni Amir??!!!"

Dorang pung pang pung pang kat booth netball. Aku pulak yang rasa malu duduk kat booth netball tu. Masa dia demo, fuhhh kemahin feeling aku tengok. Meremang bulu roma bhaiii bila dorang buka step bersilat tu. Time ni la aku focus betul betul kat Amir. Observed every inch of his movement and steps. The most thing that captivated me was his strong biceps. Pfftttt so tough and sexy laaa. Sis tak kuaddd!!! >_<  I was salivating. No doubt! Dalam hati duk membebel "Apesal la handsome sangat dia ni bila kat atas stage?" "Apesal la biceps dia lawa gila?" "Apesal la aku ni fragile sangat?" Bla bla bla persoalan demi persoalan datang bertubi-tubi di ladang pemikiran ku.

Sepanjang malam tu, aku menikmati nya dengan penuh perasaan bahagia and gembira sangat. Yelaa booth kami pun dekat dekat je pun. So memang aku spy on jelaa kat dia. Dia sembang dengan sapa, borak dengan sapa, pergi booth mana. At the same time aku telah jadi Penyiasat Terbilang Koguro Mauri malam tu. Hahaha..


Open House featuring Birthday Girl



It's a wrap! Hahaha

Alhamdulillah, open house hari Ahad yang lepas berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan birthday girl and birthday boy selebresyen. Birthday boy adalah birthday Ikmal Firdaus sekali, my lil bro. So sambut sama sekali la.

My crib was really super crowded. Full house derr!!! Mana taknya full house. Geng aku bertembung dengan geng2 adik aku. So rumah pun sesak dah dengan tetamu. Paling ramai tetamu dari jemputan aku lah. Semua nya dari GMI, Bangi. Bopreng boprengs jemmai semua aku invite datang serbu rumah aku. Pastu geng2 adik aku mengabil kesempatan untuk "cuci-cuci" mata usha member2 aku. Overall Asy la yang menjadi sebutan ramai. Ada yang kata handsome la, putih la, tinggi la, apa lah. Boleh diakatakan Mr. Perfect 10 la gituww. Kembang kempis Asy hahaha.

Serious aku berpuas hati gilaa. Yelaa, dah lah masih dalam bulan Syawal, plus birthday aku time weekend tu jugak. So aku pun jenuh la memujuk si Ibu tersayang tercinta untuk mengadakan makan makan Aidilfitri untuk kawan kawan. Dah lama aku berangan nak bawak orang GMI ni datang umah aku. And yes, that 17th July 2016 was the perfect date and day to bring them all to my crib. Plus a birthday party celebration too! Hashtag Hana turns 20th! Alhamdulillah yeayyyy!

Sepanjang hari Ahad tu memang senyum je aku. Bahagia betul aku, walaupun pakwe kiteww Ichibukai tak datang. A bit sad laa. Nas lah, kata nak bawak "hadiah" bagai. Tapi at last he came alone. Sembang je lebih. Puihhh!

Bila disoal siasat Ichibukai, Ichibukai kata dia memang nak pergi tapi tertido. Dia dah bagitahu Nas kalau nak gi umah Farhana kejutkan dia. Tapi tup tap tup tap Nas datang sorang je. Which means Nas tak kejutkan dia. Ishhh LMFAO betull la Nas ni!!!! He should come to my house laa. He should! He should! Yes he should!!! *sorry sis sensitive sikit*

Apa apa pun aku terpaksa move on and have fun with the day. It's my first open house with GMIans. Plus its my two decades birthday celebration too. Don't spoiled it with those stupid things. At least Ichibukai still the first person who's wished my birthday tho. Hahaha. Thank you Ichibukai :)

Okay so tu je laa nak sembang pasal refleksi Open House kat rumah aku ni. Thanks so much kepada kedua ibu dan ayah aku, sebab dah prepare and masak macam2 untuk para tetamu ni semua. Without them, tak de la Open House plus Birthday celebration ni. Syukur Alhamdulillah for this lovely family, Ya Allah :)


Friday, 15 July 2016

Invitations



Assalamualaikum. Hai koranggg!!! Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin. Hehh bertahun jugak lah tak berblogging ni kan. Tuptap tuptap dah bulan Syawal. Dah Raya dah. Hahh amacam raya korang? Duit raya banyak tak? Kalau banyak meh hulur sini sikit hehehe.

Setelah sekian lama tak cocet cocet kat sini, rupanya esok dah dua dekad aku hidup di bumi bertuah ni. Syukur Alhamdulillah, Allah swt masih beri peluang untuk aku bernafas di dunia ini.

Memandangkan esok birthday girl, so alang-alang rumah kitew buat makan makan Aidilfitri sikit untuk bopreng boprengsss jemmai kita datang beraya kat rumah Puchong. Aicehhh boprenggsss :P Sekali lah selebret befday girl ni. She's gonna turns 20th tomolowwwww yeayyy *tepuk tangan gaissss* Tamat sudah TEEnagers aku huhuhuhu. Buat hari Ahad sebab sekali terus dengan geng2 adik aku. Btw kalau buat Sabtu pun tak sempat nak mengemas memasak apa semua.

Jemputan semua sudah selesai ditebarkan ke seluruh pelusuk rakyat tempatan. Aku bagitahu kat ibu dalam 10 rang plus plus yang akan serbu datang nanti. Geng adik aku pun tak kurang ramai jugak. Hakak kawasan la katakan. Sekali jemput pun dah ramai konco-konconya.

Untuk side aku, aku dah jemput satu kelas datang. Sampai sis Mekna and sis Akma sanggup cancel nak kerja partime weekend ni. Hahhh tu diaaa. Nampak tak kuatnya pengaruh sis Hana ni hahaha. Aku jemput jugak budak NWS yang lain. Nws 3 macam Myra, Mirul, Faris and Ihsan. Pastu geng roomates lama aku sekali. Geng SUKIPT gegirls pun aku jemput jugak. Zul mecha pun aku invite jugak, sebab dia banyak jugak tolong aku dulu. Budak course PIC pun aku invite. Shadow aku jemput, Ichibukai *a.k.a parkour and freerun trainer a.k.a current lovely crush* tu pun aku jemput jugak. Gila kau aku tak jemput?! Dalam list invitation aku, Ichibukai la yang paling aku harapkan sangat datang hari Ahad ni. Cmon laa, sapa taknak crush dia datang raya umah kan hahahaha.

Tu baru geng2 GMI. Ex classmates form five Esempi dulu pun aku jemput jugak. Tu pun kalau weekend ni dorang ada kat Puchong laa. Confirm crowded gila rumah aku nanti. Tulaa susah jugak jadi hakak kawasan ni. Femess sangat ~ ~ ~

Sekarang ni just tunggu hari Ahad ni je. Deborr pulak tunggu hari Ahad ni. Debor dia macam nak naik pelamin kahwin kau tahu!! Heeee ~~~
Jemputan pun acah macam nak buat kenduri besar, mana tak nya deborr kemahenn hahaha. Semoga majlis jamua makan-makan Aidilfitri Ahad ini berjalan dengan lancar dan moga dipermudahkan juga segala urusannya. Amiin :)

Okay gaiss tu je laa nak bebel kat sini. Nanti kiteww update lagi ye. Assalamualaikum. Lots of love from Hana si kurus keding tinggi lampai nak mampusss macam victoria secret's model hahaha