Sunday, 5 July 2015

The Ruin eDast


Alhamdulillah hari ni dah masuk ramadhan yang ke-18. So far how's your puasa? Sudah ada yang cuti kah? hihihi

Okay guess what? Tudung eDast yang nak pakai raya kena kesan luntur! Huwaaaaa buruk nya tudung saya!!! T_T acano nak pakai raya??!?! Tudung yang aku order online untuk pakai raya dah sampai semalam, then nak hilangkan bau aku pun rendam la dengan pewangi kain, kasi hilangkan bau kedai tu. Yuckkss! Tapi aku tersilap. Aku campurkan sekali dengan skirt hitam yang baru aku beli. Tahu tahu tadi bilas kain tu semua, warna skirt tu luntur then tudung eDast aku warna kuning terang tu ada pattern baru pulak. Lahaiii nakkk >_< Buruk betul rupenya tudung tu bila dah kena warna luntur tu. Mampus Aidilfitri pertama aku, tak vogue la nanti!

Aku pun dengan gigih pergi google "MACAM MANA NAK HILANGKAN KESAN LUNTUR PADA BAJU" hahhh tu dia. Usha blog sana, usha blog sini, banyak jugak cara yang boleh pakai. One of the method yang aku nak buat nanti, rendam/rebus kain yang kena luntur tu dengan air panas. Bagi aku tula yang paling senang dah mudah aku kerjakan nanti. And cara tu tak perlukan perbelanjaan apa2 pun.

So I decide esok pagi pagi nak jerang air then isi dalam baldi then rendam tudung eDast aku tu. Aku nak rendam lama lama sampai kesan luntur tu betul betul hilang, betul suci dan bersih, betul betul yakin bersih daripada sebarang najis Mutawasitah! hahhh kemain kau! Menyesal jugak sebab aku pi capur rendam sekali dengan skirt tu wat apa?! Kan free free dah dapat cipta corak baru kat tudung eDast kau tuh. Padan muka! :P Huhuhu...

Okay guys, hopefully teknik yang telah saya observe belog-belog ibu misaly tu berjaya hilangkan luntur pada tudung eDast saya tu ye. Saya nak pakai raya pertama nanti ni. Hahhh. Doakan semoganya berjalan dengan lancar ye. InshaAllah. Happy Ramadhan and selamat berbuka puasa! :D

*p/s: Last Ramadhan nanti jangan lupa cakap SELAMAT HARI TUA kepada birthday girl ni ye! hihihi ^_^ 

0 Komentar:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi menerjah ke ruangan saya kali ini.
Anda diwajibkan untuk komen. Amaran keras!
*ceh tipu je HAHA =P*