Saturday, 20 June 2015

The End of Chapter 2


Hai peps! Okay hari ni hari last aku kat GMI for semester 2. Well semester 2 pun dah habis lahh. Hahaha. Now sekarang tengah tunggu my ayah untuk datang hostel amik saya bersama my fancy stuffs ni dibawak pulang ke Puchong. Kinda banyak jugak barang nak bawak balik. Banyak sebab semua benda ni nak kena tinggalkan kat Puchong. Tak perlu pun kat hostel ni. And menyesal jugak sebab tak basuh cadar, langsir, selimut semua siap siap kat hostel ni. So, tak payah la nak ulang alik bawak barang tu semua next sem nanti. Ughhh I should do laundry on that...

Pagi tadi dah penat aku kerah urat urat badan ni bersihkan bilik hostel ni. Dia punya habuk kau tak payah cakap lah. Hari hari kau sapu pun habuk tetap datang. Cepat betul berhabuk hostel ni. Naik fedappp dah nak kemas hostel. Dari mana tah datang habuk ni semua. Tension aku. Rasa macam nak pasang air humidifier je kat hostel ni. Bagi dia sedut habuk kotor and bagi dia udara yang segar bugar dan nyaman lagi selesa. Tapi kang aku pasang kang, tak fasal fasal kena halau duduk rumah sewa luar pulak. Mana aku nak cari rumah? Transport pun takda nak pi kelas kalau aku duk luar.

Patutnya sekarang nak pergi jumpa Akma kejap, nak transfer semua gambar2 selfie aku yang ada kat dalam handphone dia *saya memang suka selfie kat handphone orang hihihihi* Tapi dia tak bagi datang sekarang, coz she said her room is kinda disaster right now. Kemas bilik letewww. Jadi bibik ye kak? :P Hahahaha. So nampaknya lepas Zohor la aku pergi bilik dia. Hopefully sempat ahh transfer sebelum ayah aku sampai.

Okay tu jelaa kut nak sembang. Nanti aku share lagi nonsense thoughts aku kat sini ye. Cerita pasal Pretty Brown Eyes? Ohh don't worry. InshaAllah akan ada cerita pasal dia akan datang nanti *even tho he no longer at GMI T_T* Heyyy, aku akan cerita semua moment aku dengan dia sepanjang bisnes hoodie tu ye. Depends on yang mana aku ingat jelaa. Hahaha okay. Happy Ramadhan, happy iftar, see y'all later! ;)

0 Komentar:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi menerjah ke ruangan saya kali ini.
Anda diwajibkan untuk komen. Amaran keras!
*ceh tipu je HAHA =P*