Tuesday, 24 February 2015

Let them be friends!


Assalamualaikum dunia! *nyanyi lagu Faizal tahir kejap. hihihi*

Alhamdulillah hari Sabtu lepas dah selamat sampai home sweet home, pukul 4pm macam tu. And guess what, assigments saya tak siap lagi. HUHU T_T Calculus je dah siap. German, English, Pengajian Msia and Java saya belum siap lagi.

German nak kena study sebab next Monday ada test 1. English kena menelaah handout sampai page 40 sebab kemungkinan besar akan ada test 1 jugak pagi senen tu nanti. And Pngajian Msia, kena start buat report and slide untuk PBL1 tapi aku kebuntuan idea isi dan content apa nak letak, sebab ni kerja berkumpulan. Dah cuti ni bebudak group aku ni memang 'bercuti' puas puas. Lepas cuti laa kena minta isi and content. And Java, coding PBL aku masih diusahakan untuk nampak bagi gempak dan semart. Nak gempak gempak konon. Error kemain banyak, nak run cemana?! *juling mata tengok coding @_@*

Okay okay. Awak kena settlekan semua assigment awak, Farhana. Kata sem 2 ni nak score CGPA gempak gempak kan? Nak dapat dekan kan? Nak 4flat kan? Then push, bruhh!

Buka kuliah nanti, macam macam dah plan nak buat apa. First, bila free or xde class nak main badminton dengan Zizang *bukan nama sebenar* and Justin Timberlake *bukan nama sebenar juga*. Hihihi. Zizang mana kenal Justin Timberlake pun. Takpe, biar aku yang rapat kan mereka. Second, aku nak jog dengan mereka. Pagi or petang, bila bila pun tak kesah lah. Make sure ajak Zizang and JT jog sama. Aku nak mereka berdua berkenalan dan berkawan. Hihihi

*kenapa kau ni beriya iya nak rapatkan dorang ni, Farhana?*

Hihihihi. Saje je.

Apa salahnya kita merapat hubungan ukhwah kan?

Well, actually aku selesa kawan dengan Zizang and JT ni. Zizang classmate aku. JT ni budak kos lain tapi boleh kenal sebab dia kawan Miera. Aku ek-sai-tet kemain nak heret JT kawan dengan Zizang sebab, JT xde kawan nk main bersukan. Plus JT ada masalah sikit. Masalah apa tu tak payah tahu lah kot. Kenapa Zizang? Zizang, sebab dia sekarang tengah dalam proses penghijrahan untuk menjadi hambaNya yang lebih bagus. So, aku plan nak kawan kan Zizang and JT supaya si JT ni boleh selesai kan masalah dia. Plus aku dah lama berangan nak tengok mereka ni berkawan. Coz I know, Zizang boleh kawteam dengan sesapa pun. So do Justin Timberlake. Cuma Justin Timberlake ni agak 'nakal' sikit. Well, you know boys ~

Well, I really hope that my brilliant plan *brilliant la sangat -_- * will going perfect and flawless.
No matter what happen, kau kena heret Zizang meet up with JT. Die die must let them be friends!


2 Komentar:

Terima kasih sebab sudi menerjah ke ruangan saya kali ini.
Anda diwajibkan untuk komen. Amaran keras!
*ceh tipu je HAHA =P*