Friday, 13 February 2015

Al-Fatihah


Assalamualaikum wbt.

Dukacita dimaklumkan saudara Akmal Hakim bin Sidek telah pulang ke Rahmatullah pukul 4pm tadi. Semoga roh arwah Akmal ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al- Fatihah

Aku kenal arwah pun kebetulan people nearby wechat masa orientation day GMi dulu. Pastu add arwah kat wechat. Kenal arwah dengan nama "Akmal Ozil". Arwah minat permain bolah sepak germany tu, Ozil :') Selalu like moment arwah. Arwah pun selalu like moment aku yang merepek tah apa apa tu kat wechat. Kalau pasal Maharaja Lawak Mega, arwah akan update pasal kumpulan Sepahtu, and sokong Jep gila-gila *macam aku* Setiap kali moment pasal MLM mesti arwah letak #Sepahtu #Jep huhuhu. Tak sangka engkau pun Jeppers jugak eh, Akmal Ozil :'(

Kalau pasal liga bola pulak, arwah selalu update pasal JDT. Arwah akan luaskan kuasa JDT kat moment dia. Semangat JDT beliau tu memang sungguh patriotisme.

Pukul 4 tadi, aku sangat sangat sangatlah terkejut dengan berita mengenai pemergiaan mu, Akmal Ozil. Nabil inform dalam group kelas. Aku terkejut sebab baru pagi tadi aku baru tahu yang Akmal Hakim yang accident tu adalah engkau, Akmal Ozil, kenalan wechat aku, yang selalu update pasal JDT and Jep Sepahtu. Serious aku terkejut yang terlantar kat HKL tu kau, Akmal Ozil. Then petang tadi, kau dah kembali kepada Ilahi. Seluruh warga GMI berasa sedih dengan pemergian mu, Akmal.

Sesungguhnya, Allah swt lebih sayangkan kau. Semoga kau bersemadi dengan tenang di sana.

Innalillah Wa Inna Ilahi raji'un

0 Komentar:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi menerjah ke ruangan saya kali ini.
Anda diwajibkan untuk komen. Amaran keras!
*ceh tipu je HAHA =P*