Sunday, 25 January 2015

Movie Hunt


Hai hai hai, aweks aweks, pakwe pakwe semua! Okay, aku baru balik dari lunch ni. Tadi lunch kat Kg Sungai Tangkas, which is kat belakang GMI ni je. And hari ni sekali lagi unexpected thing happens again. Nawaitu nak turun lunch kat kafe je, sekali sampai kafe lauk krik krik je. So, terus call Pak Mat nak pergi KTM. Sampai KTM pergi Kg Sungai Tangkas, makan kat Bistro Azim.

Lepas makan beli stok snek untuk hostel kat Speed Mart. And guess what? The sun is blazing hot above my head. Luckily mak guard GMI bagi pinjam payung besar dia. So aku dengan Mira takdelah 'rentung' sangat bila berjalan.

Alright back to the main point. Hari ni aku nak share sikit movie apa yang menjadi pilihan aku nanti untuk tengok bersama bopreng-boprengs GMI ku ini. Ok here is the list...

For the February, I wanna watch this so so sooo bad!

February 5 - Unbroken


Dia punya trailer, perhhhh cenggini hahh *thumbs up*. Unbroken ni director nya si awex bibir sexy tu. Apa tah namanya. Alahhhh si Angelina Jolie tu. Hahhh Unbroken ni dia punya film. So, it is a must watch film! Okay save that date!

February 5 - Jupiter Ascending


Tayangan perdana sama tarikh laa dengan Unbroken. HUHU. Sokay, aku pergi 14 Feb kot. InshaAllah. Btw dalam film ni ada abang sado kitew, Channing Tatum! whoot whott HAHA ^3^

March 13 - Cinderella


Kecik kecik dulu suka baca buku cerita dongeng, paling suka sekali Cinderella la. Hahaha. Taktahu kenapa. Maybe sebab dia yg huduh tu tetiba boleh jadi lawa pakai gown kot. HAHAHA. Tadi dah tngok trailer film ni. It's seems interesting and full of fairy-god-mother magic. Tapi, spoiled laa, Prince Charming dia tak handsome. Tapi, takpe laa. Tengok jelaa.

March 20 - Insurgent


Tengok trailer dia tadi macam gempak, sebab aku nampak banyak Micro Uzi, MP5, AUG, assault rifle, dynamite *nampak macam aku tahu pasal guns and weapons je kan? actually tak pun* okay abaikan tu. HAHA. Film ni aku nak ajak Paan dengan Nabil pi tengok :D

April 3 - Furious 7


Well, i'm not kind of car lover or what. Tapi kereta kat dalam film tu semua sexy sexy. So aku nak pi tengok nanti. vroom vroom vrommm ~

April 9 - The DUFF


Yeayyy, Bella Thorne berlakon worhhh dalam film ni. Dah besar dah dia. Tinggi and cantik macam aku dah *lol perasan!* x_x Hahaha. Geek, hipster, rocker, nerd, semua ada dalam film ni. Jom jom jom!!!

May 15 - Pitch Perfect 2


Terjumpa film ni pun dari blog Aqilah .The Pitch is back yo! Suara semua stok stok Siti Nurhaliza, Dayang Norfaiza, Shila Amzah and Jacklyn Victor je mereka ni. And now saingan Acapella mereka semakin kuat. I wanna hear their pitch!!! :D

June 18 - Minion Movie


Sesiapa yang suka main game Minion Rush tu boleh laa pi cinema tengok film ni. Ajak adik adik aku best jugak ni. Tapi time tu bulan puasa. Hmm... tengok keadaan dulu ye.

So that's all my movie list. Date pun dah save kat calendar, tunggu plan je dengan bopreng boprengs ku ni. Okay tu jelaa nak share hari ni. Nanti kita bebel lagi ye kat sini. Kbai ~~~

3 Komentar:

Terima kasih sebab sudi menerjah ke ruangan saya kali ini.
Anda diwajibkan untuk komen. Amaran keras!
*ceh tipu je HAHA =P*