Monday, 14 July 2014

SC Fund Raiser 2014


Haloo peps. Hari tu kan hari sabtu aku ada pergi satu charity event ni. Charity event ni kat Ruang ss18/6 Subang Jaya. Event ni namanya, Small Changes Big Difference. Event ni disupport kuat oleh my hebat team, Bonafide Academy. Taiko dia of course laa my mentor, KMC Aiman Manan. Besttt gilaa, ada ramai artis Malaysia datang support sekali.







okay that's all nak share. Actually malas nak taip and bebel panjang2. Next time ada story best lagi aku cocet kat sini lagi ye. asslamualaikum kbaiiiii ;)


Saturday, 12 July 2014

Welcome to GMi


Hai assalamualikum wbt dan salam sejatera dan Guten Tag. Guten tag? apa tu? heheheh. Guten tag tu maksudnya Hello dalam bahasa Germany.

Finally hari yang dinanti-nanti kan telah pun tiba. Alhamdulillah dan syukur kepada Nya, aku telah selamat dan secara rasmi nya dah berdaftar sebagai siswi di German-Malaysian Institute, Bangi. GMi, Chikabomaaaa!!!

Isnin lepas, 7 july 2014. Lepas sahur aku siap siap gerak pi GMi untuk pendaftaran July intake 2014. Well, pagi tu memang nervous gila. hahaha well nak masuk kolej dah kan. Pagi tu aku pergi dengan ayah and ibu. Adik2 yang lain nak ikut aku daftar jugak tapi dorang kena sekolah sebab ada exam. HUHUHU.

Okay sampai GMi je, tengok orang dah ramai dah. Sesak gila jalan masuk GMi tu. Ramai bakal siswa siswi yang aku nampak. But the majority is the boys laa. GMi memang ramai bilangan siswanya dri bilangan siswi nya. So kat sana nanti aku ramai boyfiee laa HAHAHAHA

Lepas daftar terus register hostel. Hostel aku tingkat 4. *elehhh sama macam tingkat rumah aku je*Yang bestnya hostel aku tu, aku orang first yang masuk dulu. Students lain belum lagi. So, aku pun geladah semua bilik macam polis buat serbuan jual dadah. Aku dengan ibu check setiap satu bilik. Nak check yang mana sesuai untuk aku. Then finally aku pilih bilik no 3 which is ada tingkap yg boleh tengok view kat luar. Angin pun kuat je kalau buka tingkap. Tu yang heaven tu HEHEHHEHE

Setiap hostel ada 5 orang penghuninya. Roomates aku ada 4 orang. First Balqis dari t'gganu, Myra dari Melaka, Sariyah dari Jengka 19, Pahang *nanti nak raya rumah dia hehehe* and lastly, Nadia from Kedahhh. Hahhh all around the Malaysia aku punya roomates. Dorang pun sama course dengan aku, Network Security.

Orientation Week

Okay orintasi kat GMi ni berlangsung selama seminggu. Start isnin petang sampai lahh Jumaat sebelum zohor. Sepanjang orintasi ni kami semua dikendalikan oleh akak2 and abang2 OC which is senior sem 3. OC ni macam ahli urusetia kat kem laa tu. So dorang ni semua bertanggungjawab menjaga dan guide kiteorang sepanjang orintasi tu.

Pandangan aku tentang orintasi ni, hmmm...okay. quiet nice but yang tak tahan nya mengantuk yang amat sangat! Dah lama dah aku tak tahan mengantuk and tahan tidur ni. Dulu biasa laa, sebab dulu aku ni hantu kem and jambori. Ni tetiba sekali kau terkatup katup tahan mengantuk perhhh memang slumber party laaa jawabnya orintasi ni.



Kemudahan awam dan asas

Kemudahan kat GMi aku boleh kategorikan sebagai AAA class *yeahhh tepuk tangan sikit :D *. Bagi aku GMi ni kaya. Kaya yang aku maksudkan ni cukup segala kelengkapan kemudahan. Hostel ada, cafe ada, bistro ada, cyber cafe ada, library ada, kedai printer ada, machine ATM nak cucuk duit pun ada, gym nak bagi badan sado2 tu pun ada, dobi laundry pun ada, nak tengok astro pun ada. Semua pun adalahhh!!! So students kat sini takde laa terumbang ambing dorang nak survive nanti. Parents takdelah risau sangat macam mana students nak hidup nanti.

okay so tu jelaa nak cerita pasal moment sepanjang minggu ni. Sekarang ni pun aku kat Puchong lagi. InsyaAllah malam ni aku fly balik German *ecehhh fly German gitu ahaksss :P* Rabu nanti baru start class, rabu nanti first day aku sebagai siswi di GMi. Ohhh yaa tak lupa jugak Rabu ni jugak ada birthday girl. Orang tu dah nak official 8teen dah. HEHEHEHE. Celebrate birthday dengan NWS 5 and GMians laaa. *you all bagi hadiah tau :)* kbaiiiii ;)