Monday, 21 April 2014

New page of ME


Yuhoooo. Halooo. Hahh dah lama tak cocet kat blog kan. Ada tak sesiapa rindu aku???. Huhh takda? Okay takpa. NEXTTT!!!

Sorry dah lama tak update blog. Maklumlah since jadi business woman ni makin busy dgn appt, coaching,meeting and training. Farhana buat bisnes??? Bisnes apa?? Hahh actually aku sedang menaiki tangga untuk mengapai impian dan harapan aku yang dah lama aku pendam.  Aku sekarang tengah sibuk mengejar impian aku. Impian aku ni bukan setakat hangat2 tahi ayam je. Ni impian yang menentukan hidup mati aku pada masa hadapan.

Dengan kata lain aku tengah sibuk activate kan plan B aku utk future. Plan A aku nak study tinggi2 sampai gayat. Plan B aku nak back up kehidupan dan ekonomi aku pada masa depan. *huhhh besarnya plan* Donald Trump selalu kata "THINK BIG!!!" So aku pun think sebesar besar besarnya lahhh. *tak tidur seminggu dibuatnya*

Sekarang aku tngah nak habiskan apa yang dah aku mulakan. Yelaaa takkan kau dah gigit sebiji buah apple then kau nak bagi orang lain makan pulak kan. Samalah dengan apa yg tengah aku usahakan ni.

Walau bagaimanapun, orang yang nak berjaya memang banyak cabaran dan dugaan yg perlu ditempuhi. Macam aku ni ramai kekawan aku rejected and ignored aku sebab aku buat benda ni. Huhhh orang melayu ni memang ada je yang tak puas hati. Huhuhu mulut orang memang kita tak boleh tutup. So just let it go laa. Aku tak kacau hidup kau janganlah kau kacau hidup aku.

Anyway, aku buat semua ni pun sebab aku sendiri tahu KENAPA aku nak. Sendiri tahu macam mana background family. Sendiri tahu apa diri sendiri nak. Sendiri tahu apa yang akan berlaku kalau tak buat keputusan sekarang. Huhhh tepuk dada tanya selera lahh bro.

Peluang datang tak kira tempat dan masa. So choose wisely okay. Assalamualaikum... ;)