Sunday, 8 December 2013

Tiga hari berturut-turut


*Time to relax and being lazy. HOHO*

Akhirnya, dapat juga melepak kat rumah hari ni. Alhamdulillah dapat juga berehat hari ini. *feeling free and relax* :D Mana tak nya. Lepas je habis paper Rabu lepas, straight hari Khamis, Jumaat and Sabtu aku tak melekat langsung kat rumah. Asyik nak keluar je. Ada saja agenda aku.

Khamis(Sunway Pyramid)
Sunway maliii. Jale jale keliling 'mesir' tuhh dengan Zay, Azfar, Nurin and Cik Wan. Lepak TGV Cinema, Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Jalan-jalan sampai tercabut kaki. Budak baru habis SPM lah katakan nak release tension gitu. HUHU


Jumaat(Pasaraya Hero)
Pergi lawat Erna kat HERO. Sekali lah apply kerja kat situ, isi borang semua.

Sabtu(Mid Valley)
Lepas pulang dari HERO dapat 3 text dari DanaKCM.

"Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah terpilih untuk menerima bantuan pendidikan tunai Uni/Kolej dari DanaKCM tanpa mengira keputusan. Tidak perlu bayar balik. Hadirkan diri ke sesi temuduga yang akan diadakan pada Sabtu, 7 Disember 2013 di Mid Valley Boulevard, 6 floor, blok 17-6, pada 9am-9pm"

*2 lagi text malas aku nak taip*

*Night out with Erna*
Pergi Mid dengan Erna lepas dia habis shift. Kami sampai sana pukul 8 pm. Nak cari office dorang punya lah payah. Yelaa Mid tuhh bukan selalu aku pergi macam IOI mall tuh, luas kemain. Nasib baik aku call dorang tanya direction and nasib baik ada Erna. Aku sayang kau Erna!!!! XD

Bak kata pepatah Johan Rajalawak, alang-alang menyelup pekasam, biar sampai ke ketiak masam. hahaha. Alang-alang dah sampai Mid, kami pun tawaf keliling Mid tuh. Sana sini sale. Huhhh. tahan jelaa nafsu tuhh. huhu. Balik naik bus pukul 10. Sampai rumah almost 12 o'clock macam tuh. Kira on time dengan Cinderella la. Ayah tahu aku balik lambat sebab bus, so dia pun tak bising, so aku pun watlek jelaa.

Hari ni, duduk rumah pula laa sambil tunggu paggilan dari manager HERO panggil aku untuk interview kerja. Hieeee cepatlah call, I tak sabar nak buat duit ni. Huhuhu. kbai ~

0 Komentar:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi menerjah ke ruangan saya kali ini.
Anda diwajibkan untuk komen. Amaran keras!
*ceh tipu je HAHA =P*