Tuesday, 17 December 2013

Teluk Bakong, Perak


Selamat petang semuanya *masih dikira petang kalau korang tak tidur lagi*. Mohon maaf sebab lama tak update. Dua tiga hari ni aku balik kampung Teluk Bakong, Perak. Tulaa tak blogging. Plus kat rumah opah aku tuhh linenya payah sikit nak dapat. Kat skrin handphone asyik tulis Emergency call jee. Pastu ada simbol G je. Maknanya line tak ada lahh tu. Nak line full kena pergi pekan lah jawab nya. And kat rumah opah juga tak ada astro. So, I miss the MLM2013. I miss my Mr Nadzri. HUHU. *sokay kat rumah dah record kan, so anytime boleh tengok*

Selama 4 hari 3 malam, Khamis hingga Ahad aku sekeluarga duduk rumah opah. Sebelum pergi rasa macam lama je, tapi pejam celik celik dah cukup 4 hari kat sana. Aku and adik beradik yang lain memang suka balik kg belah ibu ni. Balik Perak best, more adventure. Kat rumah opah ada 'zoo'. Segala binatang ada. 'Zoo' opah aku ni nak masuk tak payah bayar. Free je. Hahhh. Plus boleh main kejar-kejar dengan ayam itik lagi *dah besar panjang pun peragai tak ubah*.

Kat kg Perak ni juga aku dah pandai sikit bawak motor. Raya Aidilfitri lepas aku dengan Emy sama-sama belajar 'merempit' keliling kg. Tapi yang kelakarnya aku ni bawak motor semput semput. Lupa nak tukar gear. Ate, dah namenye pon baru nak blajo kan. HAHAHA. And sekeding keding aku ni juga menjadi santapan si 'vampire' kat situ. Normal lah kan kalau orang 'Kolumpo' duduk kg. Kulit mesti tak lut dengan gigitan nyamuk. Acik cakap darah aku manis, tulaa nyamuk suka gigit. Hmm luckily I'm bring the mopiko cream.

Balik Perak ni jugak aku berpeluang lawat dusun durian atok aku. Jumaat lepas aku ikut atok dengan paksu pergi kutip durian. Besar-besar durian nya. Aku angkat durian pegang tangkainya. Atok gentle je angkat durian macam bawak bola ragbi. Resistan kulit atok. Atok pakai losyen ape ehh?

Ahad lepas, kami semua with mak saudara, bapa saudara, anak-anak buah pergi rumah Paklang kutip buah rambutan kat rumah dia. Kat rumah paklang ada 3 batang pokok rambutan and semua buah nya merah-merah menyala gitu. Paklang sendiri panjat pokok untuk kait buah rambutan yang bhgian tinggi-tinggi tuh. Laman rumah paklang dah macam 'hujan rambutan' dah. Aku yg kat bawah tgh mengutip tah berapa kali tah buah jatuh atas kepala. HUHU. Kutip punya kutip, penuh 3 guni.

3 guni cukup untuk tiga motor. Disebabkan motor tak cukup, aku dengan emy balik jalan kaki. Nasib baik jarak rumah paklang and rumah opah tak jauh sgt. Kami sebenarnya malu nak jalan kaki kat kg ni sebab kat situ ramai boys yg suka main bunyi "phewiitt phewittt" gitu. Tapi nasib baik Makngah datang semula ke rumah paklang, then aku dengan angah pun naik jelaa motor, berhimpit-himpit lah kami bertiga. HAhAHA gentle :D

Malam tuhh lepas Mahgrib aku sekeluarga pulang semula ke Puchong. Alhamdulilah sampai Puchong semalam pukul 0130 am. Thank you Allah, for the safe journey. and thanks to Mat Said's family for the great time and moments :)

4 Komentar:

  1. orang perak rupanya ye hehe
    akak ni kampung dua2 kat town...belah abah KL, belah mama melaka tp tak macam kampung pun sigh
    mesti best kan suasana kampung?

    ReplyDelete
  2. Eh saya lahir kat klang tapi kecik2 dulu duduk dengan opah.
    takpe kita buat lah town tuhh macam kg. Hahaha
    balik Perak memang best :D (y)

    ReplyDelete
  3. kalau jarang balik kampung, sekali sekala balik kampung memang seronok. despite its distant saya balik kampung setiap minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh best nya dapat jumpa atok nenek setiap minggu. kg awak kat mana lisa ?

      Delete

Terima kasih sebab sudi menerjah ke ruangan saya kali ini.
Anda diwajibkan untuk komen. Amaran keras!
*ceh tipu je HAHA =P*