Sunday, 13 October 2013

Salam Aidiladha and Crawford's



Yoo huuu... It's me, again. HAHA. Aku baru lepas siap packed barang and baju. Malam ni kami sekeluarga akan bertolak ke Jengka 11, Pahang. Raya puasa lepas balik kg ibu, Perak. Raya haji ni pulak balik kg ayah, Pahang. So, doakan perjalanan kami selamat ya. TQ :)

Well, actually aku tak nak balik, malas doe. Dah lah hari Rabu dah start sekolah dah. Aku tak nak ponteng lagi-lagi nak dekat Spm ni. BTW, Rabu ada chemist and Pen.Islam. Kalau boleh aku taknak skip sekolah, rugi wehh. Bukan senang dapat jumpa Ustzah Alniza yang comel lotey tuhh. HUHU. Tapi, ibu suruh ikut balik jugak. Hemmmm....

Takpalah, balik jelaaa. Lagi pun aku dah lama tak jumpa nenek. Karang demam rindu pulak nenek aku tuhh kat cucu sulung dia ni. HUHU. Nanti nak topup RM5 nak buat Internet Mobile supaya aku tidak mati kebuhsanan di sana nanti. Aku nak online wattpad, nak tweet-tweet *lama dah tak tweet*, nak facebook-ing. Huhhh macam macam lah...

Akhir kata, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri Adha kepada semua umat Islam di dunia ini. And selamat menyembelih lembu, kerbau and kambing. :D

Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patutlah lembu kerbau cuak gila,
Rupanya Selasa ini dah Aidiladha! 
Berhati-hati di jalan raya,
Biar lambat asalkan selamat,
Ku ucapkan Salam Aidiladha,
Kepada semua muslimin dan muslimat.
p.s: Happy birthday to my crush's twin, Noah Caleb Crawford !!! He's 9teen today.


2 Komentar:

  1. semoga dipermudahkan perjalanan dik :)
    bestnya dapat balik kampung, akak kampung KL. Ape je ada kat KL? --'
    Selamat laa duduk melaka huhu

    ReplyDelete
  2. thanks akak. semalam(selasa) pukul 6.30 baru sampai puchong semula. Wahh akak duduk melaka, saya dah lama tak pergi sana.

    ReplyDelete

Terima kasih sebab sudi menerjah ke ruangan saya kali ini.
Anda diwajibkan untuk komen. Amaran keras!
*ceh tipu je HAHA =P*