Thursday, 17 October 2013

Graduation's Rehearsal



Fuhhh... panas doe hari ni. Malaysia ni tak pernah nak sejuk ke? Hari-hari panas. Aku ni dah lah senang hitam and senang putih. Tapi proses nak putihkan kulit tuh memakan masa yang agak lama jugak lah. Huh nasib baik aku pakai Garnier Light Complete. Ada juga pelindung UV ni. Siapa sayangi kami. Cehhh....

*oh man! extremely hot and sweaty*

Okay hari ni kat sekolah ada rehearsal untuk graduation day hari sabtu ni. Memandang kan aku memang nak pergi, jadi aku wajib untuk mengikuti raptai tuhh. Graduation ni sekali dengan form 6 upper *hishh sebuk je mereka!* So, started with form 6 and then form 5. Cikgu buat dua sidang. Sidang 1 semua form 6 upper, 5A, and 5B. Sidang 2 5C-D-E-F-G-H-J. Perhhh ramainya sidang ke-2. Baik sekalikan terus 5C dengan sidang 1. Hello, 5C science stream class okay. HUHU. *cehhh berlagak betul*

Dalam jadual kata start waktu pertama sampai rehat. And lepas rehat sambung balik sistem sinar mentari tuhh, belajar macam biasa. Tapi, sepanjang waktu sebelum rehat hanya dihabiskan pada Sidang 1 je. And kami yang sidang 2 ni yang dah berjanggut tunggu turn nak naik pentas ditundakan selepas rehat. Perhhh...punya lama tunggu sidang 1 habis, last-last buat lepas rehat. Macam !@#$%&* lahh kan. Hermmm.... -___-

Then cikgu cakap, rehat setengah jam dulu. And nanti pukul 10.30 sambung sidang 2 pula. Tapi, nak tahu apa jadi??? Hishhh geram betul aku. Pukul 11.00 pagi tak start lagi sidang 2. Then, kami pun bukak kedai kopi lahh kat canteen tuhh. Last-last tahu cikgu tengah meeting. Huhhh...sabar jelaa aku dengan sekolah tuhh. Pukul 12.00 teghari baru start, dengan cahaya matahari yang tak nak kalah bahangnya. Perhhh rentung aku dibuatnya. Pastu aku punya seat sangat-sangatlah tidak bestttt. Paling tepi and paling terdedah dengan matahari. Perhh panas dia jangan cakap lah, sekali aku duduk terbakar punggung. Dah lah aku ni keding, habis terbakar lemak-lemak kat punggung. Kesian aku. Tapi nasib baik lah ni rehearsal je, yang real punya dekat audotorium UPM. So, nanti kat sana tak panas lah, ada air cond. Plus duduk tepi kan, lagi dekat dekat air cond HUHU *i hope so*

Cikgu ada bagi aturcara pemakaian untuk hari graduasi tuhh. Nak tahu tak dorang tulis apa kat situ? Pakai kasut hitam dan tidak terdedah. I mean, what?! Kenapa baru sekarang nak bagitahu. Aku dah habis duit beli kasut lawa-lawa, tetiba cakap kena pakai kasut hitam. Huhhh...-__- And tak nak yang terlampau menonjol. Kesian kat Nurin lah, semalam dia baru beli 'bib leap' *i don't know the correct spelling* colour pink. Lawa gila, and cute gila. Then, dia tanya cikgu tadi, boleh ke pakai heels/wedges semua tuh. cikgu kata boleh tapi yang tidak melebihi 2 inch demi keselamatan diri. Sometime it's good to break the rules. So, Nurin pakai je bib leap dia tuhh nanti. Yeahh nanti dia boleh berdiri sama tinggi dengan aku. HEHE

Well, kalau korang perasan aku ni memang banyak kompelin. Banyak bidasan dan omelan. Ada je yang tak kena depan mata kau ni. HAHAHA. Kadang-kadang aku rasa aku ni dah terlebih dos gedik ni. Or sebab hormone? HUHU who know right. Okay till then bye. *penutup yang tah apa apa tah -.-*

0 Komentar:

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi menerjah ke ruangan saya kali ini.
Anda diwajibkan untuk komen. Amaran keras!
*ceh tipu je HAHA =P*