Friday, 27 September 2013

Solat Hajat



Hello my dear stalkers. Yesterday I went to Solat Hajat at Esempi.

Aku pergi lepas maghrib. Sebab ayah balik lambat sikit. So, solat maghrib kat rumah dulu laa. Otw ke Esempi aku stuck dekat trafik light. Panjang doe. Syera asyik tanya aku kat mana, dia dah sampai dulu. Aku suruh dia tunggu aku kat guard house dulu. Nanti nak masuk sama-sama dengan dia. Kurang lah rasa takut tuh sikit, nak jalan dalam gelap. Well, semua sekolah ada sejarah nya tersendiri. *faham-fahamlah apa yang aku maksudkan ye ;)*

Sampai sekolah tahu-tahu solat hajat dah mula, sekali dengan bacaan yaasin. Kami pergi surau dulu nak ambil wudhuk. Then, masuk dewan. Aku ambil spot betul-betul depan kipas. HEHE. Mai Fatimah pun baru datang. Dia duduk sebelah aku. Pastu sibuk suruh aku adjust kan tudung dia. Haiyoo mai. Orang tengah baca yaasin, kau sibuk nak buat rancangan Hijabista kat sini. HUHU.

Aku pun main lilit jelaa tudung dia tuhh *Jadi mak andam pula saya ni* HEHE. Usai bacaan yaasin, solat isyak pula. So, aku sempat follow bacaan yassin and solat isyak jelaa. I miss the solat hajat. Oh man HUHU =( . Usai solat isyak and bacaan doa selamat, kami bersalam-salaman sesama guru dan pelajar. Time salam dengan cikgu ramai kata "ehh baru saya perasan yang kamu ni tinggi. Jadi model lah nanti ye." Huh? Model? Ishhh...malulah saya. Jalan pun terjengket-jengket. Model kebendenya. Tapi tuh aku cakap dalam hati jelaa. Depan cikgu aku tunjuk gigi lah. HEHE.

Then pergi canteen, makang! Nasi lauk ayam masam masak merah plus sayur kobis goreng. Perut aku ni dah sememangnya berkeroncong minta di isi. So, apa lagi. Habuan di depan mata, ngap jelaa! Rezeki jalan ditolak. HEHE. Lepas makan snapped pictures. Handphone Cik Wan lah jadi 'DSLR' nya. Ingatkan nak snapped 2-3 gambar je, tapi masing-masing sibuk nak snapped dengan orang tu lah dengan orang ni lahh. Macam 'retiss' dah.

Aku balik dengan ayah. Nasib baik habis awal. Kalau tak, confirm ayah mengamuk tak nak amik. Macam iftar Esf lepas. HUHU. Sampai rumah, terus menonong terjun atas katil. Mengantuk wehh. HUHU. Hahh ni gambar yang kami snapped. Actually banyak lagi, tapi yang ni jelaa yang aku bluetooth dari Cik Wan. Kalau nak tengok banyak lagi, pandai-pandai lah stalk sesapa punya FB.

*Fuyoo, Ain buat muka comel. HAHA*

*The Farhanas*

*Eh aku nampak gemuk lah*