Tuesday, 24 September 2013

Kelas Rompong


             

Halo guys. Aku baru habis melantak sepinggan nasi berlaukkan ikan masak merah. Emm kenyang mehh. Sendawa 2 kali dah. Alhamdulillah...

Nak tahu, aku pagi-pagi sampai sekolah dah buat kerja jahat. Merompak kerusi + meja kat kelas lain. Hari-hari, setiap pagi. Mana tak nya, sampai sekolah kelas kosang je. Meja kerusi yang hari-hari kami guna 'dirompak' oleh kelas lain and meja kerusi yang kami guna ni pun 'dirompak' oleh budak petang. HUHU. Pintu kelas pun ada tapi tak boleh guna. Ada pintu tapi tak boleh nak kunci.

Tapi hari ni lagi teruk. Bukan setakat meja kerusi and pintu je. Hari ni sau kelas 'hot' sebab elektrik takda. Hari ni sampai sekolah je, gelap semacam. Tak pasang lampu ke? Rupanya plug dah jahanam tercabut. Tinggal wayar je yang terkeluar. Hishhh ganas betul budak Esempi ni. Memang class ni rompong betul. Sedih betul. HUHU

Tadi masa BM, kami satu class berhijrah ke class bawah tangga tuhh *aku lupa nama class tuh* Class sendiri takda kipas, baik lepak class bawah tuhh. Kipas ada, pintu ada, cuma kerusi meja je tak cukup. HUHU apa nak jadilah Esempi tuhh. Haridass dah buat aduan dah dekat cikgu Ridzuan pasal elektrik kelas kami tuhh. Tengok jelaa esok jadi apa.

Bilalah sekolah tuhh nak roboh? Sedih aku tengok. HUHU. Kalau dah habis sekolah nanti aku tak rindu sekolah tuh, tapi aku akan rindu orang-orang kat situ. Apalah malang nasib 5C dapat kelas rompong sebegitu. Mohon pihak berkenaan sila ambil tindakan. Terima Kasih :)