Saturday, 21 September 2013

It's Friday!!!


                

You gotta fight for you party!!! Yeahhh babe! HAHAHA sengal je. Khamis kan aku cakap nak pergi 'party cocktail' tuh kan, hahh ni aku nak cerita macam mana aku punya pary tuhh. HEHE

Well, since sekarang masing-masing sibuk nak release tension. Ada yang release tension kat sekolah, lepaking dengan kengkawan, movie marathon dengan BFFs, hang dengan family, or ada juga yang release tension kat rumah je, duduk termenung memikirkan keputusan Trial. Hehhh -.-

Kan khamis lepas aku ada cakap nak release tension kat IOI tuhh, hahhh semalam (Jumaat) *aku lupa hari ni hari sabtu* aku dah pakat dengan Nurin nak ponteng sekolah. Sampai sana pergi kedai ni, kedai tu, tengok barang ni, tengok barang tu. Huhhh juling mata wehh. Dah tengok barang sana sini tetiba terasa nak beli and nak pakai untuk Graduation day pula. Nurin cari earing + bib/necklace. While aku sibuk cari cincin + bracelets/bangles *sesuai ke aku pakai bangles?* Tapi tak jumpa yang berkenan di hati.

Then kami pergi Kids Zone *betul ke tah nama tempat tuh* elehhh yang tempat permainan budak-budak tuh. Pergi photo booth CUBE tuhh. Alahh yang tangkap gambar muka jadi flawless se-flawless nya lahh. Masing-masing keluarkan duit RM6. Beli token RM12. Then apa lagi, buat muka duck face lahh. HAHAHA. First time snapped kat situ, so semua jadi kelam-kabut lahh. Camera tuhh timing cepat sangat. Sampai aku dengan Nurin tak tau nak pose apa lagi. So,inilah hasilnya. HEHE jangan gelakkan kami tau. Malulah...
*Dah tengok diam. Awak jangan gelak!*

Sebenarnya ada dua keping tapi satu lagi kat Nurin. Lepas snapped kami tak habis-habis nak tengok gambarnya. Sampai time jalan pun boleh terlanggar tiang. *aku taklah, tapi Nurin tuhh sikit lagi nak terlanggar* Then pergi Popular, cari album Cody Simpson. Erna kata kat Popular dah ada dah. And betullah Erna cakap. Album tuhh ada satu je. Erna kata dia nak beli nanti. So, aku dah sorokkan album tuhh kat rak yang paling atas sekali, belakang album The Gentleman *aku harap kau baca ni, Erna*

Kami balik awal sebab malam ni tuition. Nak sampai rumah cepat, naik busrapid lah. Tapi kena ambil dua bus. Tunggu Metro 21 memang Mahgrib baru sampai. Malam tuition Chemistry. Lepak, lepak juga tapi tuition jangan lupa. Baru lepas habis trial. SPM belum lagi.

HAHAHA, macam nilah aku punya release tension. Tak kisahlah nak buat apa pun. Janji aku puas sebab dapat lepaskan tensyen. Exam 3 minggu, study lewat malam, sapa yang tak tension kan. HUHU. Okay entry kali ni panjang, aku tak tau lah siapa yang nak baca kan. Tapi kisah apa aku. Blog aku, suka hatilah. HAHA kbai ~