Tuesday, 24 September 2013

Hatiku kalis Peluru!


               

Hehhh. Kau pikir kau ada segalanya, semua kau boleh buat? Kau pikir kau perfect! Kang aku ketuk sikit kepala, senget terus padan muka. Dah tak perfect dah. Tengok muka kau yang penuh drama tuhh, rasa nak tumbuk lumat-selumatnya je. Biar hancur berkecai muka, biar aku tak payah tengok muka kau lagi. Heyyy ni nak marah ni. *sorry for the bad preface* 

*breathe in, breathe out, calm down Farhana. I know you're stronger than this*

Pepatah Melayu ada mengatakan "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya" . Well, sekarang aku tengah menghadapi masalah macam pepatah tuh lah. Aku nak tanya sikit, korang sakit hati tak bila ada kawan korang ni baik depan kita tapi hakikatnya backstabber tegar terhadap kita? Memang sakit hati lahh kan. Madu diberi, racun dibalas. Perhhh agak kureng ajar disitu. HUHU

Sakit hati gila bila tahu peragai dia macam ni. Tak sangka depan aku punya baik sebaik-baik orang. Tapi belakang aku peragai macam...haihhh malaslah nak taip. Sendiri pikir lah kan. Hmm aku sedih dengan dia. Dia ada semuanya, boleh dikatakan perfect *aku tahu dalam dunia ni mana ada orang yang perfect* Tapi kalau dah tikam belakang aku senyap-senyap, nak kata perfect lagi ke? Sedih sebab dia terpaksa berpura-pura bila depan aku. Haihhh...entahlah nak *sighing*

Actually, dah lama aku persaan benda ni. Tapi aku cuba look at the positive side. Cuba berfikir baik, taknak buruk sangka. Aku cuba tepis semua apa yang aku dengar, sebab aku tahu kau baik dengan aku. Tapi, hakikatnya inilah aku dpat dari kau. Sedih tau. :( Perlu ke dia nak kena buat macam ni dekat aku? Apa salah aku kat dia sampai dia tikam belakang aku ni? Sakit hati gila to-the-max. Nasib baik tadi tak meletup kat sekolah. Meletup kat sini takpa, sebab tak ada apa yang nak berkecai berderai. HUHU

Aku malas nak mention nama dia kat sini. Biar lah ia menjadi misteri kepada korang. Lagi pun cukup jelaa aku dah lepas kat sini. Tak perlu nak naik-naikkan nama dia. Aku masih baik lagi nak jaga nama dia even dia dah buat aku macam taikk. Huhhh.


p.s: Hatiku memang kalis peluru bila tengok muka kau. Sabooorrr jelaa.