Monday, 30 September 2013

Bibir macam Angelina Jolie




Hey folks. Hey girls. You all suka pakai lipstick tak? Hello, girls and lipstick takkan terpisah okay. Tapi aku tahu ada juga girls yang tak suka melaram ni. Tapi at least pakai lah lipstick sikit untuk nampak seri muka tuh. Tak nak lipstick yang tebal-tebal tuh pun tak apa. Pakai lip balm pun okay.

Warna lipstik yang aku suka pakai adalah Raspberry, Mulbery and Soft pink. Ketiga-tiga warna tuhh sangat sangat comel okay. HEHE. Well sometime aku suka juga calit warna merah hati tuhh, nampak lagi 'vogue' gitu. HAHA. *kalah Angelina Jolie =P* Lipstick biasanya ibu belikan brand Silky girl or Avon. Tapi Avon lagi banyak, memandang ibu Avon's member.

Okay hari ni aku nak share sikit tips rahsia kecantikan dengan korang. Tips Membersihkan Lipstik. Biasanya orang cuci lipstik dari bibir guna tisu untuk lap. HAHA ternyata teknik ini sudah kuno dan tak berapa nak efektif. Okay murid-murid dengar sini. Ikuti langkah tersebut okay...

1. Korang boleh guna krim pembersih, baby oil, atau petroleum jelly *kalau tak tahu pergi tanya kat akak yang kerja Watson tuhh* untuk tanggalkan lipstik korang. Letakkan pembersih pilihan korang tuhh pada material lap yg lembut secukupnya. Then lap sambil tuhh gosok bibir lembut-lembut dgn gerakan putaran. Buat slow-slow tau. 
2. Langkah kedua pula, cuci material lap tadi dengan air sejuk. Then guna balik material tadi untuk gosok lagi bibir korang dengan gerakan berputar untuk bersihkan sisa produk pembersih dan lipstik. 
3. Kalau ada lagi lipstik kat bibir korang, repeat step 1-2 okay. *macam procedure experiments je. -.-* 
4. Dah habis semua, calit sikit pelembab bibir sbelum masuk tidur. *ni aku jarang buat. Ikut korang lah nak buat ke taknak*

Well, tuh lah yang aku nak sharing caring hari ni. Dirimu begitu berharga. Kbai ;)
Sunday, 29 September 2013

You jump, I jump



Hey folks. I'm watching Titanic right now. I'm never get bored with that film.

Jack Dawson, your miracle eyes makes my heart melt like an ice cream under the sunny day.
HUHU O_o


*tak tahan part yang Jack mati dalam tidur. Sob sob sob ='(*

Saturday, 28 September 2013

Cute Icon :3



Hey hey hey. Aku baru tukar icon kat bloglist. Tapi icon blog tak boleh nak tukar. Still icon kucing coklat tuhh. Banyak kali dah aku re-upload and save. Tapi tak muncul-muncul pun icon baru tuhh. Apehal lah dengan blog ni? -.-

Hahh korang pun mesti nak jugak kan icon yang kiut miut ni. Hahhh ni aku nak share sikit. Aku jumpa icon comel ni kat 2 buah blog ni.

and

Dua-dua blog ni paparkan icon yang sama je. Ikut korang lah nak pilih kat mana pun. Hmm...tinggal edit quote block, letak autograph and scroll bar je. HUHU. code code code please!
Friday, 27 September 2013

Solat Hajat



Hello my dear stalkers. Yesterday I went to Solat Hajat at Esempi.

Aku pergi lepas maghrib. Sebab ayah balik lambat sikit. So, solat maghrib kat rumah dulu laa. Otw ke Esempi aku stuck dekat trafik light. Panjang doe. Syera asyik tanya aku kat mana, dia dah sampai dulu. Aku suruh dia tunggu aku kat guard house dulu. Nanti nak masuk sama-sama dengan dia. Kurang lah rasa takut tuh sikit, nak jalan dalam gelap. Well, semua sekolah ada sejarah nya tersendiri. *faham-fahamlah apa yang aku maksudkan ye ;)*

Sampai sekolah tahu-tahu solat hajat dah mula, sekali dengan bacaan yaasin. Kami pergi surau dulu nak ambil wudhuk. Then, masuk dewan. Aku ambil spot betul-betul depan kipas. HEHE. Mai Fatimah pun baru datang. Dia duduk sebelah aku. Pastu sibuk suruh aku adjust kan tudung dia. Haiyoo mai. Orang tengah baca yaasin, kau sibuk nak buat rancangan Hijabista kat sini. HUHU.

Aku pun main lilit jelaa tudung dia tuhh *Jadi mak andam pula saya ni* HEHE. Usai bacaan yaasin, solat isyak pula. So, aku sempat follow bacaan yassin and solat isyak jelaa. I miss the solat hajat. Oh man HUHU =( . Usai solat isyak and bacaan doa selamat, kami bersalam-salaman sesama guru dan pelajar. Time salam dengan cikgu ramai kata "ehh baru saya perasan yang kamu ni tinggi. Jadi model lah nanti ye." Huh? Model? Ishhh...malulah saya. Jalan pun terjengket-jengket. Model kebendenya. Tapi tuh aku cakap dalam hati jelaa. Depan cikgu aku tunjuk gigi lah. HEHE.

Then pergi canteen, makang! Nasi lauk ayam masam masak merah plus sayur kobis goreng. Perut aku ni dah sememangnya berkeroncong minta di isi. So, apa lagi. Habuan di depan mata, ngap jelaa! Rezeki jalan ditolak. HEHE. Lepas makan snapped pictures. Handphone Cik Wan lah jadi 'DSLR' nya. Ingatkan nak snapped 2-3 gambar je, tapi masing-masing sibuk nak snapped dengan orang tu lah dengan orang ni lahh. Macam 'retiss' dah.

Aku balik dengan ayah. Nasib baik habis awal. Kalau tak, confirm ayah mengamuk tak nak amik. Macam iftar Esf lepas. HUHU. Sampai rumah, terus menonong terjun atas katil. Mengantuk wehh. HUHU. Hahh ni gambar yang kami snapped. Actually banyak lagi, tapi yang ni jelaa yang aku bluetooth dari Cik Wan. Kalau nak tengok banyak lagi, pandai-pandai lah stalk sesapa punya FB.

*Fuyoo, Ain buat muka comel. HAHA*

*The Farhanas*

*Eh aku nampak gemuk lah*

Thursday, 26 September 2013

Transfomations



Hello guys, hello my dear stalkers. Surprise!!! *tiru gaya Eric Leong cakap* HEHE. New template, new skin, new background, new layout, everything is new lahh. From combination of brown and beige to white and turquoise.

Penat tau nak tukar semua 'menatang alah' tuhh. Kena pandai main coding sana sini. Huhhh mau tak juling biji mata pandang code ni lama-lama. Salah 'picit' sikit, habis spoilt semua. Nasib baik aku dah masak dengan coding-coding ni semua. Tapi bagi mereka yang tak pandai nak meng-adjust code sana sini, susah sikit lah. Takpa, you all pergi lah 'register' class tutorials nak edit blog. Banyaklah tutorial blog. Tanya je kat Encik Google, setiap pelusuk dunia dia tunjukkan untuk korang. HEHE.

Aku biasanya 'makeup' kan blog aku ni pakai class tutorial blog kak Farah yang chubby ni. Aku tak pernah miss dia punya class tutorials. *iyeke awak ni?* HEHE aku pilih yang mana yang aku nak edit jelaa. Tapi blog tuhh jelaa satu-satunya aku guna nak 'make over' kan diary aku ni. Sebab arahan dan panduan yg ditunjukkan sangat-sangat best. Btw, blog dia comel colour pink gitu. Perlu ke aku nak berpaling pada blog lain? HEHE

Actually, blog aku ni belum habis makeup lagi. Gambar "Bonjour.Hola" nak kena tukar sebab sekarang theme white and turquoise. Favicon pun kena tukar, button cbox (tapak kaki), nak tambah scrool bar kat "story in my life", birthday sticker pun nak tukar. Ohhh ya nanti aku nak letak sekali gambar crush aku kat side bar. HEHE *eh takda lah. tipu je =P*

Okay saja je nak tukar sebab dah lama nak tukar. Sebelum puasa lagi nak tukar tapi macam-macam kekangannya. HUHU. Tinggal sedikit sentuhan je lagi, nanti siaplah 100%. Okay aku nak berguling-guling atas katil kejap. Sakit pinggang wehh duduk depan laptop ni lama-lama. Malam ni ada solat hajat untuk calon PMR and SPM. See you there. Adiosss~
Tuesday, 24 September 2013

Hatiku kalis Peluru!


               

Hehhh. Kau pikir kau ada segalanya, semua kau boleh buat? Kau pikir kau perfect! Kang aku ketuk sikit kepala, senget terus padan muka. Dah tak perfect dah. Tengok muka kau yang penuh drama tuhh, rasa nak tumbuk lumat-selumatnya je. Biar hancur berkecai muka, biar aku tak payah tengok muka kau lagi. Heyyy ni nak marah ni. *sorry for the bad preface* 

*breathe in, breathe out, calm down Farhana. I know you're stronger than this*

Pepatah Melayu ada mengatakan "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya" . Well, sekarang aku tengah menghadapi masalah macam pepatah tuh lah. Aku nak tanya sikit, korang sakit hati tak bila ada kawan korang ni baik depan kita tapi hakikatnya backstabber tegar terhadap kita? Memang sakit hati lahh kan. Madu diberi, racun dibalas. Perhhh agak kureng ajar disitu. HUHU

Sakit hati gila bila tahu peragai dia macam ni. Tak sangka depan aku punya baik sebaik-baik orang. Tapi belakang aku peragai macam...haihhh malaslah nak taip. Sendiri pikir lah kan. Hmm aku sedih dengan dia. Dia ada semuanya, boleh dikatakan perfect *aku tahu dalam dunia ni mana ada orang yang perfect* Tapi kalau dah tikam belakang aku senyap-senyap, nak kata perfect lagi ke? Sedih sebab dia terpaksa berpura-pura bila depan aku. Haihhh...entahlah nak *sighing*

Actually, dah lama aku persaan benda ni. Tapi aku cuba look at the positive side. Cuba berfikir baik, taknak buruk sangka. Aku cuba tepis semua apa yang aku dengar, sebab aku tahu kau baik dengan aku. Tapi, hakikatnya inilah aku dpat dari kau. Sedih tau. :( Perlu ke dia nak kena buat macam ni dekat aku? Apa salah aku kat dia sampai dia tikam belakang aku ni? Sakit hati gila to-the-max. Nasib baik tadi tak meletup kat sekolah. Meletup kat sini takpa, sebab tak ada apa yang nak berkecai berderai. HUHU

Aku malas nak mention nama dia kat sini. Biar lah ia menjadi misteri kepada korang. Lagi pun cukup jelaa aku dah lepas kat sini. Tak perlu nak naik-naikkan nama dia. Aku masih baik lagi nak jaga nama dia even dia dah buat aku macam taikk. Huhhh.


p.s: Hatiku memang kalis peluru bila tengok muka kau. Sabooorrr jelaa. 

Kelas Rompong


             

Halo guys. Aku baru habis melantak sepinggan nasi berlaukkan ikan masak merah. Emm kenyang mehh. Sendawa 2 kali dah. Alhamdulillah...

Nak tahu, aku pagi-pagi sampai sekolah dah buat kerja jahat. Merompak kerusi + meja kat kelas lain. Hari-hari, setiap pagi. Mana tak nya, sampai sekolah kelas kosang je. Meja kerusi yang hari-hari kami guna 'dirompak' oleh kelas lain and meja kerusi yang kami guna ni pun 'dirompak' oleh budak petang. HUHU. Pintu kelas pun ada tapi tak boleh guna. Ada pintu tapi tak boleh nak kunci.

Tapi hari ni lagi teruk. Bukan setakat meja kerusi and pintu je. Hari ni sau kelas 'hot' sebab elektrik takda. Hari ni sampai sekolah je, gelap semacam. Tak pasang lampu ke? Rupanya plug dah jahanam tercabut. Tinggal wayar je yang terkeluar. Hishhh ganas betul budak Esempi ni. Memang class ni rompong betul. Sedih betul. HUHU

Tadi masa BM, kami satu class berhijrah ke class bawah tangga tuhh *aku lupa nama class tuh* Class sendiri takda kipas, baik lepak class bawah tuhh. Kipas ada, pintu ada, cuma kerusi meja je tak cukup. HUHU apa nak jadilah Esempi tuhh. Haridass dah buat aduan dah dekat cikgu Ridzuan pasal elektrik kelas kami tuhh. Tengok jelaa esok jadi apa.

Bilalah sekolah tuhh nak roboh? Sedih aku tengok. HUHU. Kalau dah habis sekolah nanti aku tak rindu sekolah tuh, tapi aku akan rindu orang-orang kat situ. Apalah malang nasib 5C dapat kelas rompong sebegitu. Mohon pihak berkenaan sila ambil tindakan. Terima Kasih :)
Sunday, 22 September 2013

Crash Course Physic


            

Hola. I feel extremely, physically, mentally tired now. And felt so sleepy *tapi tetap tahan nak update blog* Hari ni aku ada class crash course Physic. Ini kira crash course pertama aku lah. Usually, hari ahad aku pergi class Sir Kugahn, pukul 10 am sampai 1 pm. Tapi hari ni aku pergi PTSB, pukul 10 am - 4pm. Perhhh 6 jam rushing semua topic physic and 6 jam duduk dalam air cond. 3 jam pertama aku still segar bugar lagi nak belajar. Masuk pukul 3-4 badan dah lemau dah. Energy also decreases. HUHU

Ramai gila budak datang. Gabungan 3 kawasan. P. utama, bandar puteri and bandar kirara. Huhhh. Ramai orang, suasana jadi bising lahh. Dorang ni kalau tak bercakap mati agaknya. -__-

Balik pula ibu ambil, sekali sehala ke Puchong Prima. Nak ke Puchong Prima sebab nak tukar baju. Malam tadi jejalan dgn family kat uptown sana tuh, beli baju T90. Time beli tuhh aku main rembat je mana aku nak. Tak tengok saiz pun. Sampai rumah, try kecik pula. Singkat pula tuhh. Aku dah la tinggi. Pakai baju singkat-singkat ni, macam orang tak cukup kain je. So, tulahh petang tadi pergi sana balik tukar saiz.

Perhh pergi sana cuaca macam kat padang pasir je. Panas gila, terbakar kulit aku. Huhh. Nasib baik sebelum pergi tuition tuhh aku dah sapu SPF 17. HUHU.

Okay aku nak makan, then nak mandi, then nak tidur, then esok nak pergi sekolah, then nak jumpa crush. Biasanya hari ahad aku jumpa dia kat class Sir Kugahn, tapi hari ni tak pergi. HEHE. *gatallah awak ni, Farhana =3 * Apa pula agenda sekolah esok untuk budak-budak form 5 ni? Kbai ~
Saturday, 21 September 2013

It's Friday!!!


                

You gotta fight for you party!!! Yeahhh babe! HAHAHA sengal je. Khamis kan aku cakap nak pergi 'party cocktail' tuh kan, hahh ni aku nak cerita macam mana aku punya pary tuhh. HEHE

Well, since sekarang masing-masing sibuk nak release tension. Ada yang release tension kat sekolah, lepaking dengan kengkawan, movie marathon dengan BFFs, hang dengan family, or ada juga yang release tension kat rumah je, duduk termenung memikirkan keputusan Trial. Hehhh -.-

Kan khamis lepas aku ada cakap nak release tension kat IOI tuhh, hahhh semalam (Jumaat) *aku lupa hari ni hari sabtu* aku dah pakat dengan Nurin nak ponteng sekolah. Sampai sana pergi kedai ni, kedai tu, tengok barang ni, tengok barang tu. Huhhh juling mata wehh. Dah tengok barang sana sini tetiba terasa nak beli and nak pakai untuk Graduation day pula. Nurin cari earing + bib/necklace. While aku sibuk cari cincin + bracelets/bangles *sesuai ke aku pakai bangles?* Tapi tak jumpa yang berkenan di hati.

Then kami pergi Kids Zone *betul ke tah nama tempat tuh* elehhh yang tempat permainan budak-budak tuh. Pergi photo booth CUBE tuhh. Alahh yang tangkap gambar muka jadi flawless se-flawless nya lahh. Masing-masing keluarkan duit RM6. Beli token RM12. Then apa lagi, buat muka duck face lahh. HAHAHA. First time snapped kat situ, so semua jadi kelam-kabut lahh. Camera tuhh timing cepat sangat. Sampai aku dengan Nurin tak tau nak pose apa lagi. So,inilah hasilnya. HEHE jangan gelakkan kami tau. Malulah...
*Dah tengok diam. Awak jangan gelak!*

Sebenarnya ada dua keping tapi satu lagi kat Nurin. Lepas snapped kami tak habis-habis nak tengok gambarnya. Sampai time jalan pun boleh terlanggar tiang. *aku taklah, tapi Nurin tuhh sikit lagi nak terlanggar* Then pergi Popular, cari album Cody Simpson. Erna kata kat Popular dah ada dah. And betullah Erna cakap. Album tuhh ada satu je. Erna kata dia nak beli nanti. So, aku dah sorokkan album tuhh kat rak yang paling atas sekali, belakang album The Gentleman *aku harap kau baca ni, Erna*

Kami balik awal sebab malam ni tuition. Nak sampai rumah cepat, naik busrapid lah. Tapi kena ambil dua bus. Tunggu Metro 21 memang Mahgrib baru sampai. Malam tuition Chemistry. Lepak, lepak juga tapi tuition jangan lupa. Baru lepas habis trial. SPM belum lagi.

HAHAHA, macam nilah aku punya release tension. Tak kisahlah nak buat apa pun. Janji aku puas sebab dapat lepaskan tensyen. Exam 3 minggu, study lewat malam, sapa yang tak tension kan. HUHU. Okay entry kali ni panjang, aku tak tau lah siapa yang nak baca kan. Tapi kisah apa aku. Blog aku, suka hatilah. HAHA kbai ~
Thursday, 19 September 2013

Party Cocktail?


              

Hey korang. I dah habis paper hari ni. HEHEHE. But it's not 100% liberty. SPM is coming. So, I just can say that I'm free from trial. After this, I have to cover all subjects. It must be!

Okay. Trial dah habis. Apa lagi. party cocktail laa!!! Cucuk langit. HAHA. Tadi masa paper bio tak henti-henti cakap pasal party cocktail *kononnya lah -.-* . Siap nak cari catering, booking tempat, booking band lagi, segala bagai. Duhhh. But I and Nurin already have our own 'party cocktail'. Esok nak hang tempat biasa Esempi ni merayap. Kat mana lagi kalau bukan IOI mall tuhh.

Elehhh nak release tension je, sekali nak temankan Shida *kawan tuition* beli hadiah untuk adik dia. So satu geng jelaa. And we decide nak tengok Pawn Shop or Prisoners. Nak tengok dua dua sekali boleh? HEHE. And nak merayau-rayau satu IOI mall sampai kaki tercabut. Biasalah tu kalau pergi IOI.

Hmm...*taktau nak taip apa dah*

Pendek je entry I kali ni. Okay lah I nak 'charge energy'. Happy napping. =D

KEEP 
CALM
TRIAL 
IS 
OVER
Wednesday, 18 September 2013

Bye-you-low-ghi


               

Hey baby you! 
You got what I need. 
But you say you're just a friend. 
yeah you say you're just a friend. 
Hey hey hey...

Hehe. Suka nyanyi lagu tuh. Lagi-lagi part yang "hey hey" tuhh. Comel macam penyanyi dia jugak. hehehe. Kalau tegur orang pun "hey hey" macam lagu tuh. HAHAHA *weird -.-* 

Okay hari ni jari-jari runcing aku ni rajin nak menari-nari atas keyboard ni, nak update blog. Well, aku belum habis trial lagi. *tapi berlagak macam esok takda paper je* Lainlah, the boys dalam class 5C tuhh (kelas sendiri). Mereka semua drop biology. Kata bio susah lah, tak faham lah, susah nak kecap lah, banyak cakap! Well, aku ni pun ada masalah yang sama jugak, susah nak faham. Tapi kena usahalah nak faham. Buat revision banyak-banyak, practice make perfects. HEHE.

Eh eh banyak cakap pula dia. Dah tu pergi la se-ta-di (study). Duhh -__-

Okay. Tadi jawab paper 3 chemistry and biology paper 1. You know what dua-dua paper tadi boleh je nak cari skema jawapan. First chemistry tadi soalan trial perak. Zay kata tadi dia senyum bukan main lebar time jawab. Huh lucky him. Aku pun tadi boleh jawab, tak tahu pula cikgu ambil trial perak punya. Bio pula bulat-bulat soalan SPM 2010. Ohh man, malam tadi aku memang dah study 2010 punya. Tapi tak sampai 20 soalan aku jawab, mata ni berat betul and mulut tak henti-henti menguap. HUHU. Kalau aku tahan je ngatuk malam tadi, dah confirm aku boleh jawab semua betul time exam tadi. HUHU

Farhana, let bygone be bygone. Okay. Senyum sikit, tamau masam macam cencurut. :)

Okay okay, tak boleh melekat lama-lama sangat dengan laptop ni. Nanti esok bagi cikgu SAPS kertas kosong pula. HOHO. Sabar ya, esok habis paper, balik skolah boleh online puas-puas. Nak online sampai tak tidur pun boleh. But it must be constant with my 'mega battle' preparations okay.

You can do it, babe! ;)
Monday, 16 September 2013

Random Thoughts


               

This was me when i'm lepak-ing with Erna and Nurin...
LOL 'till our stomach get pain...



*dalam perancangan nak photoshoot macam ni dngan Erna*


*We both have same habit :D*
Hahaha. Nothing to say, just my random thoughts. Actually, I miss my pretty brown eyes and the weirdo one. I miss the chit-chating, talking, giggling, laughing, screaming, and doing stupid things. HUHU. Cepatlah habis trial, i wanna hangout with my buddyz laa! v_v
Friday, 13 September 2013

Sleeping beauty


            

Good morning guys. Pagi-pagi buta dah blogging. I should be at school right now, but today I'm not. Because I don't have exam today. And I should be sleep right now as I'm off today. Unfortunately, I have to woke up early to wake he and her up to school. I mean my lil brother and sister.

Actually, mereka boleh bangun sendiri dengan adanya jam loceng yang membingitkan tuh tapi, mereka takkan berganjak dari tempat tidur sekiranya tiada sapa yang gerakkan mereka. So, as a kakak mithali yang tersohor, kenalah bangun pagi-pagi kejutkan dorang, walaupun tak sekolah. HUHU.

Bangun awal pagi-pagi ni pun kebetulan juga. 12 jam jadi sleeping beauty tegar takkan tak boleh nak bangun sendiri kot, tanpa bantuan alarm clock kan. HAHAHA. Actually, semalaman tidur sampai pagi ni. Huhhh teruk betullah aku ni. HEHE. Aku tidur kemain lama pun sebab nak tebus balik masa tidur aku yang tak cukup sepanjang minggu ni, yang disebabkan study hingga lewat malam.

I should thank to Pn Zaimira Jailani who was arranged the exams schedule. Because she gave us (the malay students) off today as today is only paper for Indians and Chinese students. Plus next Monday is off too. It is Hari Malaysia. And I can make enough preparations for the next paper, and absolutely I can score more in exams. Especially biology -__- *i hope so* 

Okay that's all for now. I need to get shower because I smell stink and hungry. And I need to folding a heap of clothes and shirts. Lalalala, bilalah nak bersara jadi kakak mithali ni. HUHU ._.
Thursday, 12 September 2013

Gila


        

I'm so glad that Addmaths paper was done for these trial exam. Studied addmaths were so exhausted and makes me worn out. Now my SPM is on his way to come. So I have to get ready for the 'mega battle' in my life.

Okay nothing mush to say. And I just pass by the sweet couple. I saw the way the 'gepren' hugging his 'bopren'. It's like her heart said like this...


Well, if i have a boyfriend one day I'll do the same thing too. I mean not hugging him in public, I know how to behave myself as a muslim girl. I'll take a good care of my boyfriend, I'll make sure that no one can't steal him from me. HAHA. why i'm writing this? Absolutely I'm insane! kbai... -__-
Sunday, 8 September 2013

Berpaling muka


     

Heyy peps. I'm just back from Sir Kugahn's class. Two bus. Well I have to take two bus because the bullshit Metro21 are not punctual. And I may have to wait for a long time. So I decided to take rapid U69 and T513. If I take metro 21, I may not right here now. HUHU

Semalam *start guna bahasa pasar* dah study Physic and Pen. Islam. Hari ni study Maths sebab esok paper Maths. Maths ni tak susah pun nak score. Mid year lepas aku dapat A *mohon jangan riak* Alhamdulilah. Trial nak A+ boleh? HEHE. Maths kemain target tinggi-tinggi melangit. Kalau addmaths, alamak! Lulus pun cukup laa. HUHU -__-

Okay cerita tadi takda kena mengena dngan title kat atas. Mesti korang tertanya-tanya kan aku nak cakap apa pasal berpaling muka ni. Sebelum aku nak cerita pasal berpaling muka ni, marilah sama-sama kita menghayati Hadis di bawah ini...

*click for zoom in*

Ini adalah Hadis yang ada dalam silibus subjek Pen. Islam. Perpaduan Teras Kejaaan. Semalam study agama and tajuk ni adalah salah satu yang aku study semalam. Tengah tekun berlajar, mata aku yang cantik ni tetiba tertangkap maksud istilah berpaling muka, iaitu tidak bertegur sapa dan hidup dengan cara yang mementingkan diri tanpa mempedulikan orang lain. Setelah membaca statement tuh, rasa macam kena batang hidung sendiri je. Hadis kat atas cakap "jangan benci membenci, jangan berpaling muka". Well, aku sememangnya tak terkecuali daripada golongan -golongan tersebut. Aku benci orang tu, benci orang ni, sombong dengan orang tu, sombong dengan orang ni. HUHU *hiee buruknya peragai awak!* :( Ya aku mengaku aku ada pergai buruk tuhh. So aku kena baiki sikap terhadap melayan orang lain dengan berbudi pekerti dan berbudi bahasa. Well, kita kan rakyat Malaysia yang kaya dengan budi bahasanya. 

Orang Islam dilarang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari. Okay that's really make me snapped. And automatically the awkwardness between me and him flashed through my mind. Jika nak dikira dah berapa hari, berapa minggu, berapa bulan, boleh dikatakan lama aku tak tegur dia. I means takda lah tak tegur langsung. Just tanya benda yang penting-penting je dan yang terpaksa je. and lepas tuhh buat muka tak kenal je. 

Okay bukan nak salahkan sesapa pun. Tapi, bila fikirkan balik pasal "Orang Islam dilarang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari." tuhh aku rasa aku ni macam terlalu selfish and arrogant and ego. Satu sekolah, satu kelas, uniform pun sama warna. Tapi...erhhhh...entahhlahh! Payah lah dia ni. Aku pun tak faham. Ke aku yang keras sangat nak buka mulut tegur dia. waduhh susah ahh macam ni. Macam mana nak jawab exam dengan tenang dan aman kalau benda ni asyik berlegar-legar dalam kepala. Ya Allah berikanlah aku petunjuk untuk menyelesaikan masalah ini. Aminyarabbalallamin. 

Okay aku dah merepek tah apa apa tah. Tu je laa kot aku nak cerita pasal berpaling muka melalui pengalaman aku ni. Kdah aku nak iron baju sekolah ni. Bye~
Thursday, 5 September 2013

Trial Fever!



        

Assalamualaikum... long time no see mehh. Well I banyak kekangan nak meng-oline dan blogging since sekarang tengah busy rushing dengan trial. And dengan masalah wi-fi and astro kat rumah ni. Tapi okay jugak kalau wi-fi tak boleh bukak. lagi bnyak masa boleh focus kat Spm.

Ni online pun sebab nak update, sebab dah lama sangat. Sebulan lebih jugak laa. Last entry pun pasal birthday sendiri. HUHU. Okay sekarang tengah trial. You all yang same batch dengan I, good luck in you exam. Trial ni I bercita-cita tinggi nak score at least 5A. Kalau trial 5A, Spm nanti boleh score banyak lagi. Yeahhhh! *ambitious feeling*

Okay tamau taip panjang-panjang. Nanti I leka berblogging sampai lupa nak study. Esok paper Agro Science. Cehhh agro science *angkat kening ^^*  Sains Pertanian. I need to be master in calculating the budget. Ohhh belanjawan -___-

Wish me good luck okay. Till then bye :)
*stay up all night!*

p.s: saja guna kata ganti nama dengan pangilan "I" sebab beliau diserang rasa ke-GEDIK-kan yang melampau