Friday, 28 June 2013

Ganti Puasa

   


Assalamualaikum...kum apa kumpul, pul apa pulang, lang apa langsir, sir apa siram, ram apa rambut, but apa butang, tang apa tangkal, kal apa kala, la apa laparrr ~

Haishhh tak baik laa cakap macam tuhh. Biasa lah orang berpuasa ni, banyak dugaan.

Okay hari ni hari kedua aku ganti puasa. Tahun lepas aku 'cuti' sekolah puasa 6 hari. ABC lahh, bukan sengaja aku tak nak puasa pun. So aku kenalah ganti puasa yg aku tinggal tuhh. Orang lain semua dah habis ganti. Aku ni jee yang baru terhengeh hengeh nak ganti. Hmm...mengikut pengiraan aku, nak ganti 6 hari tuhh sempat kalau aku tak stuck dengan aktiviti berat.

Actually, dari minggu selepas cuti lagi aku dah ada nawaitu nak ganti puasa. Tapi disebabkan kesibukkan akak Pengakap kita ni, tertunda lah hari nak ganti puasa. Alhamdulillah, semalam dah 1 hari ganti and hari ni dah separuh hari aku berpuasa *5 jam lagi nak berbuka*. So tinggal 5 hari je lagi kena ganti.

Okay sekarang tepat pukul 2.19 p.m. *bila larut malam suasana sepi tara-cu-ca tara cu-ca-ca* Hah dengar tak suara sumbang yg berkumandang tuhh? Tuhh bunyi perut aku yang tah kali ke berapa tah dia berbunyi. Lambatnya nak berbuka. HUHU.

Nanti buka juadah apa ye? Semalam nasi goreng. hari ni nasi goreng lagi kot. Tak kisah ah juadah apa pun nanti, kalau berbuka dengan teguk sebotol air sejuk pun dah terasa nikmat berbukanya tau. HEHE.

Okay that's all for now. I want to take a nap, nanti nak masak utk berbuka, malam nanti ada class Chemistry Sir Thenarassu. Wuhooo~ *penatnya menjadi Farhana Zamri*

Till then, bye ;)

*saya mengidam ini :P *