Tuesday, 28 May 2013

Perkampungan Pengakap FBP 2013 is Awesome!




Assalamualaikum w.b.t and salam hormat.

Guess what? cuti sekolah dah mula. Mesti anda dah ada plans vacation, nak cuti gi sana sini. Lucky you! Mesti ada yang pulang ke kampung jumpa atuk, nenek, ayam, itik, lembu, kerbau semua kat sana. Ada juga yang pergi 'hitamkan' kulit pergi berjemur kat tepi pantai. Ada juga yang nak celebrate family day. Maklumlah, cuti skolah panjang-panjang ceggini lah kita boleh berkumpul ramai-ramai dgn family. So, use your money holiday wisely okay! ;) lol ~

Okay, aku ni belum cuti dah jejalan jauh-jauh dah. Actually tak lah jauh mana. Masih lagi dalam peta negeri selangor. Last week, a day after exam, 22nd May 13 aku and classmates ada rombongan melawat Hari Terbuka Kimia kat Jabatan Kimia di Petaling Jaya. Kat situ just jejalan sambil tambah ilmu pengetahuan je. I thought pergi situ boring2 je, takda buat apa. Tapi sebaliknya, it awesome and fun okay. Kat sana banyak lucky draw. Banyak lucky draw so, banyaklah hadiah aku bawak balik. Yang awesome-nya Diana menang mini kuali. HAHA. Lucky her. Balik rumah boleh lah dia main masak-masak dengan mak dia. HAHA.

*KLCC ni taklah tinggi mana pun :P*

Keesokan harinya pula, aku pergi berkampung kat Putrajaya. Tapi pagi tu aku terpaksa pergi sekolah sebab nak hantar PEKA exp SP. Lepas siap kan PEKA and hantar kat cikgu, aku dengan Nurin tup-tap-tup-tap terus balik rumah. Sampai rumah packing barang yg belum siap lagi. Pukul 2 petang aku gerak gi sekolah then terus gi Putrajaya dengan menaiki "van Justin Bieber". Aku ni dah lah troop leader tapi datang lambat pula. Nasib baik dorang sanggup tunggu aku. Kalau tak "byebye" lah kat Hari Belia kau tuhh. Dah lah last year aku menangis tak dapat pergi. Tahun ni mesti kena pergi juga. Sebab aku nak complete-kan aku punya TO-DO-LIST.

Tahun ni jambori belia namanya Perkampungan Pengakap Festival Belia Putrajaya 2013. Hahh hamekk kau, panjang bebenor namanya. Nasib baik aku ingat. Tahun ni kem tuhh berlangsung selama 4 hari 3 malam. Bermula 23 hingga 26 Mei 2013. And 4 hari tu juga aku kena sarung baju uniform pengakap 24 jam. Ehh takda lah sampai 24 jam. Tapi boleh dikatakan setiap masa aku kat situ pakai uniform je. Kat jambori tuh aku jumpa macam-macam ragam manusia. Ada yang lawa, ada yang handsome, ada yang macho, ada yang garang, ada yang gediks. HAHAHA. Dah sampai sana aku pun apa lagi, pasang matalah, cari mana yang berkenan di hati. HAHA. Well, don't you know me :P. Haishh takda sampai terkeluar biji mata ni. Just nampak macam tu jee. Takda niat nak pasang jarum pun sebab saya ni pemalu orangnya :P. *farhana pemalu?* -.-

Tahun ni hantar 8 orang ESEMPI je. Aku, Nurin, Husna, Shahmi, Luqman, Farra, Al-amin and budak putera shazlan tuhh Aiman Haziq. And tambah dua orang lagi, Ayie and ZulArif. Jadinya 10 orang budak Sepang. Kat jambori tuhh aku jumpa dengan 3 orang tambah 1 budak 52 Hulu Selangor (HUSEL). Aliff, Faiz, Naem Haiqal and Iwan. Mereka awesome gila. Lagi-lagi si Alif tuhh. Kelakar gila dia. Plus he's a Rusher too. A big fan of Big Time Rush. OMG. We same-same lah. HAHA. Aku ni kalau dah jumpa orang yg sekepala memang riuh berceloteh. Tapi Alif lagi kuat dia punya Rusher tuu berbanding aku. Dia ada semua lagu-lagu BTR Aku pun apa lagi, pasang Bluetooth laa. HEHE.

*52HUSEL boys, Aliff and Naem*
*Aliff and Faiz. p.s: Saya curi dari FB Aliff*
Kat jambori tuhh Abg Zai masukkan nama kami untuk pertandingan pioneering Pintu Gerbang antara kontigen negeri. So, kami ni mewakili kontigen Selangor lah. Fuhh bangga worhh. Pioneering tuh juga dibantu oleh senior-senior lain yang merupakan sahabat perjuangan zaman Abg Zai dulu. Tanpa dorang tak jadilah pintu gerbang tuh. And finally, kami menag no.2 kalah dengan PKL. Jika nak dibandingkan dengan dorang punya, kami punya lagi awesome, lagi gempak, lagi menarik, lagi menyerlah. Tapi tulaa, adat pertandingan. Ada menang ada kalah. So, bersyukurlah apa yang kita dapat. :)


*Welcome to Selangor's Contingent*

And finally FBP 2013 telah melabuhkan tirainya pada 26 Mei 2013. Aku balik dengan menumpang kereta Abg Zai. Terima kasih kpd Abg Zai sebab sudi tumpangkan saya, hantarkan saya balik sampai kat depan pondok guard Nilam Puri tuhh. Kalau tak, dengan apalah aku nak balik. Tidur lagi sehari la jawabnya kat Putrajaya tuhh. Sampai rumah aku terus basuh baju kotor and tidur sampai esok pagi. Esoknya pula sedar-sedar pukul 1 tghari aku bangun. Gila lama wa tidur. Memang arr. Penat worhh. 4 hari kem. Biasanya 3-2 hari je. Ni 4 hari. Nurin pula aku text, dia demam. Alololo sian Nurin.

So itulah cerita saya. 2 hari sebelum cuti sekolah start aku dah melencong ke bandaraya bersih dan cantik tuhh. Memang tempat tuh berjaya lah, patutlah nama pun Putrajaya. Putra memang berjaya. HAHA. And the rest day of holiday ni aku tak tau nak buat apa. Balik kampung? Tu pun tunggu ayah wa dapat cuti laa. Nak jejalan bercuti harapan lahh. Parents wa always busy. Sekarang ni tengah tunggu classmates datang nak swimming je. Kalau tak tanam anggur depan rumah laa jawabnya. Ehh tanam anggur tuh bukan ke untuk orang yang takda kerja? Hapelah awak ni, Farhana. -.-

Okay that's it for now. Nanti aku borak lagi kat sini ye. kbai ;)