Tuesday, 28 May 2013

Perkampungan Pengakap FBP 2013 is Awesome!




Assalamualaikum w.b.t and salam hormat.

Guess what? cuti sekolah dah mula. Mesti anda dah ada plans vacation, nak cuti gi sana sini. Lucky you! Mesti ada yang pulang ke kampung jumpa atuk, nenek, ayam, itik, lembu, kerbau semua kat sana. Ada juga yang pergi 'hitamkan' kulit pergi berjemur kat tepi pantai. Ada juga yang nak celebrate family day. Maklumlah, cuti skolah panjang-panjang ceggini lah kita boleh berkumpul ramai-ramai dgn family. So, use your money holiday wisely okay! ;) lol ~

Okay, aku ni belum cuti dah jejalan jauh-jauh dah. Actually tak lah jauh mana. Masih lagi dalam peta negeri selangor. Last week, a day after exam, 22nd May 13 aku and classmates ada rombongan melawat Hari Terbuka Kimia kat Jabatan Kimia di Petaling Jaya. Kat situ just jejalan sambil tambah ilmu pengetahuan je. I thought pergi situ boring2 je, takda buat apa. Tapi sebaliknya, it awesome and fun okay. Kat sana banyak lucky draw. Banyak lucky draw so, banyaklah hadiah aku bawak balik. Yang awesome-nya Diana menang mini kuali. HAHA. Lucky her. Balik rumah boleh lah dia main masak-masak dengan mak dia. HAHA.

*KLCC ni taklah tinggi mana pun :P*

Keesokan harinya pula, aku pergi berkampung kat Putrajaya. Tapi pagi tu aku terpaksa pergi sekolah sebab nak hantar PEKA exp SP. Lepas siap kan PEKA and hantar kat cikgu, aku dengan Nurin tup-tap-tup-tap terus balik rumah. Sampai rumah packing barang yg belum siap lagi. Pukul 2 petang aku gerak gi sekolah then terus gi Putrajaya dengan menaiki "van Justin Bieber". Aku ni dah lah troop leader tapi datang lambat pula. Nasib baik dorang sanggup tunggu aku. Kalau tak "byebye" lah kat Hari Belia kau tuhh. Dah lah last year aku menangis tak dapat pergi. Tahun ni mesti kena pergi juga. Sebab aku nak complete-kan aku punya TO-DO-LIST.

Tahun ni jambori belia namanya Perkampungan Pengakap Festival Belia Putrajaya 2013. Hahh hamekk kau, panjang bebenor namanya. Nasib baik aku ingat. Tahun ni kem tuhh berlangsung selama 4 hari 3 malam. Bermula 23 hingga 26 Mei 2013. And 4 hari tu juga aku kena sarung baju uniform pengakap 24 jam. Ehh takda lah sampai 24 jam. Tapi boleh dikatakan setiap masa aku kat situ pakai uniform je. Kat jambori tuh aku jumpa macam-macam ragam manusia. Ada yang lawa, ada yang handsome, ada yang macho, ada yang garang, ada yang gediks. HAHAHA. Dah sampai sana aku pun apa lagi, pasang matalah, cari mana yang berkenan di hati. HAHA. Well, don't you know me :P. Haishh takda sampai terkeluar biji mata ni. Just nampak macam tu jee. Takda niat nak pasang jarum pun sebab saya ni pemalu orangnya :P. *farhana pemalu?* -.-

Tahun ni hantar 8 orang ESEMPI je. Aku, Nurin, Husna, Shahmi, Luqman, Farra, Al-amin and budak putera shazlan tuhh Aiman Haziq. And tambah dua orang lagi, Ayie and ZulArif. Jadinya 10 orang budak Sepang. Kat jambori tuhh aku jumpa dengan 3 orang tambah 1 budak 52 Hulu Selangor (HUSEL). Aliff, Faiz, Naem Haiqal and Iwan. Mereka awesome gila. Lagi-lagi si Alif tuhh. Kelakar gila dia. Plus he's a Rusher too. A big fan of Big Time Rush. OMG. We same-same lah. HAHA. Aku ni kalau dah jumpa orang yg sekepala memang riuh berceloteh. Tapi Alif lagi kuat dia punya Rusher tuu berbanding aku. Dia ada semua lagu-lagu BTR Aku pun apa lagi, pasang Bluetooth laa. HEHE.

*52HUSEL boys, Aliff and Naem*
*Aliff and Faiz. p.s: Saya curi dari FB Aliff*
Kat jambori tuhh Abg Zai masukkan nama kami untuk pertandingan pioneering Pintu Gerbang antara kontigen negeri. So, kami ni mewakili kontigen Selangor lah. Fuhh bangga worhh. Pioneering tuh juga dibantu oleh senior-senior lain yang merupakan sahabat perjuangan zaman Abg Zai dulu. Tanpa dorang tak jadilah pintu gerbang tuh. And finally, kami menag no.2 kalah dengan PKL. Jika nak dibandingkan dengan dorang punya, kami punya lagi awesome, lagi gempak, lagi menarik, lagi menyerlah. Tapi tulaa, adat pertandingan. Ada menang ada kalah. So, bersyukurlah apa yang kita dapat. :)


*Welcome to Selangor's Contingent*

And finally FBP 2013 telah melabuhkan tirainya pada 26 Mei 2013. Aku balik dengan menumpang kereta Abg Zai. Terima kasih kpd Abg Zai sebab sudi tumpangkan saya, hantarkan saya balik sampai kat depan pondok guard Nilam Puri tuhh. Kalau tak, dengan apalah aku nak balik. Tidur lagi sehari la jawabnya kat Putrajaya tuhh. Sampai rumah aku terus basuh baju kotor and tidur sampai esok pagi. Esoknya pula sedar-sedar pukul 1 tghari aku bangun. Gila lama wa tidur. Memang arr. Penat worhh. 4 hari kem. Biasanya 3-2 hari je. Ni 4 hari. Nurin pula aku text, dia demam. Alololo sian Nurin.

So itulah cerita saya. 2 hari sebelum cuti sekolah start aku dah melencong ke bandaraya bersih dan cantik tuhh. Memang tempat tuh berjaya lah, patutlah nama pun Putrajaya. Putra memang berjaya. HAHA. And the rest day of holiday ni aku tak tau nak buat apa. Balik kampung? Tu pun tunggu ayah wa dapat cuti laa. Nak jejalan bercuti harapan lahh. Parents wa always busy. Sekarang ni tengah tunggu classmates datang nak swimming je. Kalau tak tanam anggur depan rumah laa jawabnya. Ehh tanam anggur tuh bukan ke untuk orang yang takda kerja? Hapelah awak ni, Farhana. -.-

Okay that's it for now. Nanti aku borak lagi kat sini ye. kbai ;)
Monday, 20 May 2013

Add Math Dilemma




Addmath oh addmath ~ Haiiyyy pening kepala aku main dengan simbol-simbol plus dengan formula-formula pelik ni. Tak belajar, tak pandai. Dah belajar dah study gila-gila tahap max pun tak pandai juga. Hey hey. Bukan tak pandai langsung cuma ada juga peningkatan kalau terus berusaha. Takda ke masalah yang berkenaan dengan nombor soalan tuh selesai kan sendiri? Ni tak, balik-balik tanya find x, find x, find x. Bosan aku!

Dear Addmath/Math,
I'm sick and tired of finding your "x". Just accept the fact that she is gone. MOVE ON, DUDE!

Hahh marah ni! Sibuk sangat dengan "x" dia tuhh. cari jelaa awek baru *mula merepek -.-* Finally Addmath paper is done. 2 hari aku duk terperap dalam bilik, study gila-gila. Sampai mata kau pun naik juling tengok formula itu ini semua. Hahh HEBAT tak aku study Addmath. HUHU

Nampak karton dalam gambar bawah tuh. HAHAHA. Korang pernah buat macam tuh dalam exam? Dalam class aku belum ada lagi, paling-paling pun buat 'peta semenanjung Malaysia' laa. Tak pun hasil seni lukis yang kreatif-metif tuh. *kretif-metif? apa tuh* HUHU. Kalau aku buat time exam macam tuh, mau taknya terbakar sekolah dibuatnya. Kalau penduduk kg pisang sibuk nak bakar rumah hantu kak limah, ni nanti tak fasal-fasal satu class cakap "kite bakor, kite bakor" plus dengan gaya tangan Shy8. lol ~ *kelaut dah kau berceloteh*



Okay ready for tomorrow. Pen. Islam 1 and Sejarah 3. Aouchh sakit lah jari jemari aku yang comel-comel ni esok. Nak kena tulis esei sejarah panjang-panjang berjela. Mengalahkan karangan BM. Kalau ikutkan hati nak je aku fotostat esei apa yg masuk pastu nanti paste je terus kat kertas jawapan. Kan senang! Ini nak kena tulis, copycate dari buku teks/rujukan. Perhhh~ lenguh jari wehh .__. Tapi apakan daya, kerajaan dah tetapkan formatnya. So I pun lenjan jelaa.

Okay tu jelaa aku nak bebel hari ni. Aku nak buat 'taik mata'. Nanti malam I wanna stay up all night. Cehh mana ada. Malam ni ada class tuition. Kalau aku tak tidur petang nanti malam mata aku steamboat jee. Pastu menguap macam harimau hujan Malaya. Gaumm gitu!. HEHEHE. kbai ~ ;)


Saturday, 18 May 2013

Menghitung Hari




Dua minggu dah berlalu sepanjang musim exam mid year berlangsung. Siang tadi paper B.Melayu 2. Tulis karangan panjang berjela-jela sampai 3-4 helai kertas. Risau jugak sebab ni bukan BM zaman darjah satu, style isi tempat kosong. Ini stail nak tulis ayat power, berbunga-bunga bagai. Bunga raya, bunga rose, bunga orkid semua bunga ada. HAHA *okay merepek sudah -.-' * Lucky otak aku cepat bekerja nak karang ayat cantik-cantik, nak bagi cikgu Nazar baca. Ayat A+++ aku tulis. Hahhh hebat tak :P. HAHAHA.

Dua minggu exam dah habis. Tinggal 4 paper je lagi. Addmath 2, Physic 1, Pen. Islam 2 and Sejarah 3. Aku risau Addmath ni hahh. Hari tuhh paper 1 tah berapa soalan aku kantoi, aku miss. Isnin nanti paper 2 macam mana tah. Kertas kosong je kot aku bagi nanti? Ehh apahal pulak macam tuhh. Don't be a negative though laa. *aku tahu english aku terbalik* Usaha lagi, gandakan lagi. Tak cukup lagi kau triple-kan lagi usaha tuhh. Hahh nanti jadi usaha the power of three. HAHAHA -.-

Tinggal 4 paper, then nanti cuti panjang dua minggu, then nanti Trial and then nanti SPM. HUHU. Time  run so fast laa. Can't you please slow it down? HUHU. Rasa baru semalam aku habis mid year form 4. Tapi Rabu ni dah habis mid year form 5. Pejam celik - pejam celik, tahu tahu tak lama lagi aku pun dah naik pelamin dah. Chaitt! apada. Gatal sangat nak kahwin ke? Hayooo. SPM Fana, SPM! Focus focus! *bak kata Zul*

Lepas exam Rabu ada dua event. First, warga Esempi ada sambutan Hari Guru. Of course laa aku join. Maklumlah last year, tahun terakhir nak celebrate Hari Guru. Tahun depan tak boleh dah nak ber-Party Rock Anthem dengan cikgu-cikgu Esempi. Tahun depan wish dekat lecture pula laa, teacher dah takda da. HAHAHA. Second, 23rd May birthday of my twin, Anis Farhana. *kami kembar?* Happy birthday FARHANA. Anis Farhana okay. *bukan wish kat diri sendiri* Classmates plan nak 'buat kuih' dengan Anis. So kami berkolaborasi nak bawak tepung cap kapal berkilo-kilo paket nak 'uli tepung' dengan birthday girl. Habis lah awak Anis. HAHA. ^_^


23, 24 and 25. 25hb nanti ada apa pulak? Eennntah lahh *kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu* Ehhh serious laa, ada apa sabtu tuhh? Kenduri kahwin rumah siapa? Boleh jugak aku datang nak memeriahkan lagi majlis di samping mengisi perut kosong. *mula dah merepek* HEHEHE. Dah lah, bicara panjang-panjang kat sini siapa nak dengar kan. HUHU. I'm getting tired and my bed is calling. That's all for now. Assalamualaikum and night ~
Thursday, 2 May 2013

Hello May!




Hai haloo hoi wehh! HAHA. Hari ni hari ke-2 dalam bulan May tahun 2013. And hari ni sekolah aku dah start exam. 1st paper SP paper 1 and second Physic 2. Wokay semalam hari pekerja, cuti. 3/4 hari tuhh aku tak sentuh buku apa pun. Berlagak macam dah pandai sangat tak nak buka buku. Cehhh. Then petang-petang sikit, around 6 o'clock cam tuh baru sibuk nak punggah khazanah pelajaran fizik. HUHU.

Petang sampai malam, layan Physic jee. F4 and F5. Cikgu Sharmila aku yg comel lotey tuhh dah bagi exam spot, topic mana masuk. So, gentle laa study. Study pun gentle. Memang gentle la budak Pengakap ni. ^_^ HEHE. SP satu hapa pun tarak usik. Eleh SP je punn. Easy as ABC, 123. :P

Pagi tadi Alhamdulillah. Boleh jawab jugak la. JUGAK LAH?! apa tuh? Okay tak susah, tak senang. Macam tulahh. Okay 2 paper done. Esok, tomorrow paper Chemistry 1. Elehh bulat-bulat je pon. Boleh main tembak-tembak. Macam main polis entry wan tu jaga tuhh. Tembak je. Kalau kena matilah. Kalau tak kena hidup lagi. -.- *tah pape tah!* Watlek watpeace laa. Paper esok start lepas recess. Esok nak datang sekolah pukul 10 boleh? *abah kau! Pikir ini sekolah bapak kau?!* HEHEHE.

Okay okay. I should be study now. Tapi mata, kepala, jari still melekat kat laptop ni. Otak berkata macam macam. Jari pulak tak penat-penat menari tarian bangra atas keyboard ni typo itu ini. Twitter pun belum sign out lagi.

KNOCK KNOCK KNOCK! "Who's there?" "Chemistry books. Time's up. You GTG now!" "Easy pissy okay" 

Hahh buku tebal sudah memanggil. Anda jugak study kay. Jangan malas, remember that! Okay adios, wassalam~ ;)
Wednesday, 1 May 2013

#ESFgentle 2013



Salam Pengakap! Nothing to say. Just wanna sharing and caring. Scroll down okay. #ESFgentle

*from left Nazreen, Troop Leader which meant me, and my asst, Boboy. Comel tak saya :P *

*After photoshoot for majalah TEGUH (22 April 13). Barisan abang2 and akak2 sado. Kenapa dgn Ayol and ZulParipari? -.- * 

*After kawad kaki sekolah (27 April 13). With Ayie a.k.a adik  Dollah. Hishhh pakcik ni lagi tinggi dari saya?! >.< *

*Kat tepi ESEMPI MART. Kenapa saya senyum macam tuh? Ayol malu sangat nak posing ke? ZulParipari senyum comel! :D *

Well, just a memory. Once a Scout, always a Scout. KEEP CALM AND BE GENTLE! #ESFgentle ;D