Tuesday, 19 March 2013

Cerita Semalam



Perangkap, prank, set me up?! 

Siapa pernah kenakan orang dan siapa pernah terkena? Hehehe. Semalam *18hb Mac 2013* hari Isnin yang indah untuk datang ke sekolah, plus pagi-pagi ada perhimpunan dan ucapan dari Pengetua 'sepatah dua kata' . Wahhh bestnyaaaa!!! -.-' Okay pasal statement aku kat atas tuhh, aku pernah buat dan aku pernah terkena.

Dulu-dulu punya zaman budak baru nak up, suka prank orang. Kalau nak list up siapa yg aku dah prank memang banyak. Bila dikenangkan kembali memang kelakar. HAHAHA! Rasa dah boleh rakul gelaran King of Prank. HAHAHA. Rasa diri macam dah hebat sangat bila prank orang. Ceh cehhh. *kembang kempis hidung aku* :P .

And aku juga tak terkecuali menjadi mangsa prankers. Ohh malunya jangan ditafsir. Muka memang dah blushed up to-the-max. Muka rasa membahang. Darah O,AB,A aku automatic terkumpul kat muka.*banyak pula kumpulan darah aku ni -.-*

Begitu juga dengan cerita semalam.

Hari Isnin semua subjek BOORRIIIINNGGG!!! -.- Al kisahnya...
Waktu ke-7-8, cikgu Nazar tarak, elek! Olahraga laa tuu. Dua masa, dua org cikgu relief. Satu jam cikgu bagi buat 'kerja sendiri', maksudnya melepak laa. Aku berkolaberasi dgn mereka yg 'kaki novel'. Sibuk bertanyakan novel apa mereka ada. Kemudian Ogy duduk kat depan meja aku *tempat Nazeelah* Dia belek-belek, tilik-tilik, selak-selak buku "ACT LIKE A GIRL, THINK LIKE A BOSS" . Pappp! Ogy terjumpa gambar Ibu dan ayah aku ketika muda mudi dahulu. Ogy kata muka aku sejibik macam ibu aku. I know right. HAHAHA Memang muka I sama dgn ibu I :D. Tahu tak apa pandangannya terhadap ayah aku pula? Ada ke patut dia kata muka ayah aku macam H**** . Gilak apa kau, Ogy?! -.-' Then kami sama-sama ketawa. Ogy Ogy ~ *geleng kepala*

Waktu ke 9-10, Pn. Francissca Tong masuk class, subjek English. Suka hati mak bapak tiri dia aja pindah tempat meja guru dalam kelas tuh ke bahagian belakang. *kipas depan rosak laa!* Pindah belakang, duduk bawah kipas. Perhhh best la dia. Aku yang duduk tengah ni pun tak rasa angin kipas. HUHUHU. Belajar literature, Step by Wicked Step novel. Dah dia duduk belakang takkan kami nak membuntutinye pule kan? So satu kelas pusing belakang mengadap muka dia. Aku pusing bukannya nampak muka dia pun. Muka crush yg aku nampak. Nak pandang teacher, tapi muka crush lagi besar. Mata ni macam ter-zoom sendiri pula kat crush :P *weellkkk gediks nok* Tah hape tah dia bincang pasal novel Step by Wicked Step tu pun aku tak dengar. Mana taknya, aku nak pandang teacher tapi muka crush macam ikut je mana kepala aku gerak. So better aku pada buku jee. Malas nak pandang lama-lama, nanti ada orang perasan pula.

Dah habis discuss novel. Teacher benarkan kami buat 'kerja sendiri'. Wahh satu class bersorak riang! Aku pun apa lagi sambung balik sesi 'membuat ketumpat' dgn Nurin. Cocet tu cocet ni hampir jam 1 tghari. Hadi dari belakng memanggilku.

Hadi: Farhana, oh Farhana! Farhanaaaaaa!!!!
Aku: Amenda?
Hadi: Mintak tolong boleh?
Aku: Tolong apa?
Hadi: Tolong mark exam paper ni?
Aku: Buatlah sendiri!
Hadi: Alahhh tolonglah Farhana. Kaukan baik.
Aku: Elehh kau. Hah, bak sini paper tuh sekali dgn jawapannya.
Hadi: Kau duduk lah sini.
Aku: Bagi jelaa kat aku. Aku mark kat tempat aku.
Hadi: Jawapan dia kat sini. Kau duduk lah sini.
Aku: Hah bagilah satu jawapan dia.
Hadi: Jawapan dia memang satu je. Kau duduk kat sini. Kongsi.
Aku: Erhhhhh???
Dengan berat hati aku ganti tempat Hadi sebagai penanda markah ujian tidak bergaji. Duduk tempat Hadi maknanya duduk depan crush. Ohh sikit pun aku tak berani nak tgk dia. Tup-tap-tup-tap the other boys mula beredar. Dorang nak pergi mana? Soalan tu aku biar dalam hati. First Hadi, then Zay dan diikuti Huzairi and Azfar. Ehh dorang ni nak pergi mana? Nak biarkan aku mark paper ni sorang-sorang ke? Kureng asam betui laa depo ni! Mintak tolong kat aku last2 semua blah! Mereka dah bising-bising pasal meeting Sidang Redaksi. ohh ada meeting rupanya. So, Tinggallah aku dengan H**** . I thought dia pun nak blah juga. Tapi masih setia dgn kerja menanda kertasnya tu. Pisang arr ~

Aku pun mula sesi menanda markah ni. Jawapannya dalam kertas kecik, plus kena share pulak tuhh. Perhhh. AWKWARD gilo! Kejanggalan menguasai segalanya ketika itu. Masa tuh hanya Tuhan jee yang tahu macam mana perasaan aku. Gemuruh, gementar, malu, segan, megan, shy shy kucing semuanya bercampur baur dah. Dalam hati macam-macam sumpah seranah aku sebut marahkan mereka yang lain sebab biarkan aku sorang-sorang dengan 'Mat Braces' ni. Pandai betui depo plan nak kenakan cheq. Ni kebetulan atau dirancang? Entahhh...tapi aku memang dah termakan umpan dorang. Chaittt siott je!

Aku kalau boleh nak habiskan kerja menanda ni dengan cepat dan cepatlah juga aku beredar dari terus menerus berada dalam keadaan AWKWARD ni. Tapi, makin lambat pula aku nak siapkan. Bukan aku sengaja pun. Jawapan yg ada pun tak betul sikit. Tulis A tapi sebenarnya B. Mana tak nya mata aku ni error sikit. Jawapan pun tunggang terbalik. Yang si H**** ni pun 2-3-4 kali tersilap pandang jawapan. Makin banyak kesalahan makin lambat lah nak siap. Hieeee I HATE EVERYTHING!

Si 'Mat Braces' tuh dah habis mark dah. Aku ni jee tinggal 4-5 paper je lagi belum mark. So, aku pun gandakan lagi kelajuan tangan aku ni. Mata pun kena tajam dan teliti. No correction. Sangka aku dia dah habis paper dia nak blah dah, tapi still membatu memerhatikan aku yg tekun menanda. *Huhhh usha-usha  pulak. Aku cucuk mata tuhh karang, padan muka!* HEHEHE :P . Dia ni pandang macam tuhh apahal, saja nak buat wa goyang kaa? Hieee ni yang aku benci ni!

Seketika kemudian dia berkata,
"Aku dah habis dah." Aku pun "hmmm" jelaa. Mata ni tak berani langsung nak pandang dia. Terlekat kukuh kat kertas yg aku tanda. Macam dah kena gam UHU dah. Pastu dia tanya "Kau banyak lagi ke?" "Ada 3-4 helai lagi ni" jawab aku. Then suddenly dia minta sikit 2-3 paper kat aku, and dia tolong tanda. Agak terkejut jugak, aku pun bagi jelaa kat dia. Lagi cepat aku siapkan. HUHU. 18, 19, 20. 20/40 jee budak ni betul.

Done! Finish! Kembali ke tempat duduk aku. Tapi si Azfar Lela tu pulak sibuk nak ber-dating dengan Nurin. Aku suruh dia blah, tapi dia saja buat aku blushing pasal mark paper dengan 'Mat Braces' tuh. Ada ke patut dia cakap "Suka lah kau dapat dating dengan H****!" Dengan senyum sumbing dia tuhh, cakap dah lah kuat. Saja nak bagi satu class dengar. Hishhh geram betul! Nak cover malu punya pasal, aku pura-pura sibuk packing stationary aku yg berselerak atas meja. Students yang lain pun dah pandang-pandang aku sambil tersenggih-senggih. Huhh semua pasal benda ni lah ni.

Teacher bagi keluar awal. So aku dengan Nurin lepak kat Ala Cafe sementara tunggu van masing-masing datang. Nurin perasan muka aku tak okay. Huh, tau pun kau. Sampai canteen jumpa lagi si Azfar Lela dengan Mat Braces tuh. Hishhh dah lah aku punya blushing pasal tadi tak habis. Ni jumpa dorang lagi bertambah-tambah merah blusher kat pipi aku ni. HUHU. Aku dengan Nurin pilih meja bawah kipas. Dah pipi membahang, badan pun heat up sekali laa. Temankan Nurin makan sambil tuhh ulas balik kejadian tadi. HUHU. Tak terkata-kata aku nak mengulasnya. Nurin asyik tanya okay tak? okay tak? Aku geleng je kepala. Dia dah tau lagi mau tanya. Dia pun berkolaberasi dengan mereka. HUHU.

Nurin bagitahu hal yg sebenar. Memang mereka dah plan dah. And kebetulan ada meting sidang redaksi. Lagi cun laa plan nak jalan. Bermula dari mereka membantu Pn. Francissca mark exam paper and sampai dorang tinggalkan aku dengan dia sorang-sorang. Kata Nurin lagi memang mereka sengaja nak bagi aku duduk dengan dia. Mereka pun perasan yg aku dah tak bertegur sapa, tak bercakap dengan Mat Braces tuh. So that's why lah they set me up.

Ouhh jadi begitulah ceritanya. The moral of the story is don't prank or set up other people okay. HAHAHA. The end.